(Foto: AFP)

Dua pemain tengah Bayern Munich, Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri, meneruskan tradisi “tidak memegang bir” dalam sesi penggambaran yang ditaja oleh Paulaner Brewery. Kali ini, Ribery dan Shaqiri mendapat rakan baru, iaitu Mehdi Benatia.

“Islam mengambil sikap tanpa kompromi dalam mengharamkan minuman keras, saya berasa selesa dan selamat dengannya,” kata Ribery kepada majalah Le Paris Match.

Adalah tradisi untuk skuad Bayern menjalani sesi penggambaran dengan produk Paulaner Brewery pada awal musim. Dalam sesi penggambaran musim itu, iaitu pada 31 Ogos 2014, pasukan kendalian Josep Guardiola itu memakai pakaian tradisional bavaria, Lederhosen, merah dan putih.

Sama seperti musim-musim sebelumnya, Ribery dan Shaqiri, yang beragama Islam, enggan memegang bir produk Paulaner Brewery. Walau bagaimanapun, untuk musim ini, jumlah pemain Bayern yang enggan memegang bir dalam sesi penggambaran itu meningkat seorang lagi.

Seperti yang dilaporkan oleh Alarabiya.net, pemain pertahanan Bayern yang baru, Benatia, juga enggan memegang bir itu. Walaupun tidak memegang bir, pemain yang berasal dari Maghribi itu masih menyertai sesi penggambaran. Benatia kelihatan profesional menjalani sesi penggambaran walaupun tidak memegang bir.

Dalam foto yang disiarkan oleh Reuters, Benatia berdiri disamping Jerome Boetang dan Dante. Manakala Ribery, berdiri di sebelah penjaga gol Pepe Reina dan Shaqiri berada di belakang pemain Jerman dalam Piala Dunia 2014, Mario Goetze.

Brewery Paulaner adalah salah satu pengeluar bir terbesar di Jerman. Paulaner juga menjadi salah satu daripada enam penaja Oktoberfest, sebuah perayaan bir Jerman yang telah diadakan sejak tahun 1810.

Sebelum ini, berlaku satu kejadian ketika dalam liga bola sepak Jerman, Bundesliga musim 2012/2013, apabila pemain tengah pasukan kebangsaan Perancis itu marah selepas Boateng menyiramnya dengan bir.

Pemain Pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng, menuangkan bir di atas Franck Ribery (Foto: AFP / Getty Images)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here