Indonesia bukanlah sebuah negara Islam, tapi Indonesia adalah negara dengan jumlah rakyat beragama Islam paling ramai di dunia. Namun, gelaran tersebut boleh berubah berikutan beberapa negara ini yang mempunyai kadar pertambahan penduduk muslim paling tinggi.

Menurut data yang direkodkan lembaga kajian Pew Research Center dari Amerika Syarikat, seperti dikutip merdeka.com (2/2/2016), Islam diramal mencecah 34.9 peratus daripada jumlah penduduk dunia pada tahun 2070.

Dipercayai bahawa jumlah umat Islam akan bertambah melebihi jumlah penganut agama Kristian yang selama beberapa abad dominan. Jadi, di bawah kami kongsikan lima negara yang mengalami pertumbuhan penduduk Muslim paling cepat, menurut data Pew seperti dikutip dari merdeka.com.

5. China

(Foto: chinadaily.com.cn)

Antara negara yang mengalami pertambahan penduduk Muslim terpesat adalah Republik Rakyat China (PRC). Menurut data bancian lima tahun lalu, penduduk Muslim di China telah mencapai 50 juta orang, tiga kali ganda berbanding bancian tahun 2000.

Rakyat etnik Uighur, Hui, dan Kazakh, merupakan majoriti penduduk Islam di China. Tetapi, kebebasan beragama di China tidak sebanding dengan pertambahan penduduk Muslim di sana. Setiap tahun, rakyat etnik Uighur di Wilayah Xinjiang menerima penindasan daripada kerajaan pusat Beijing.

4. Kanada

(Foto: vosizneias.com)

Kedudukan keempat pula diduduki oleh Kanada. Negara jiran Amerika Syarikat ini mengalami pertumbuhan penduduk Islam yang pesat disebabkan lonjakan pendatang selama dua dekad terakhir.

Dalam bancian yang dibuat oleh Badan Statistik Kanada pada tahun 2013, populasi umat umat Islam melebihi agama-agama lain. Menurut kaji selidik Rumah Tangga Nasional tiga tahun lalu, penduduk Islam meningkat melepasi jumlah warga Kanada yang ateis atau tidak beragama.

Pada tahun 1932, masjid pertama di Kanada dibina. Dan pada tahun 2015, di Kota Toronto saja telah dibina 20 masjid dengan 20 ribu umat Islam di sana. Dicatatkan, jumlah umat Islam di Kanada mencapai seramai 1,053,945 orang atau 3.2 peratus daripada jumlah populasi penduduk.

3. Rusia

(Foto: muslimvillage.com)

Populasi Muslim di Negera Beruang ini berjumlah kira-kira 21 hingga 28 juta orang. Dengan jumlah seramai itu, Islam merupakan agama terbesar kedua di Rusia selepas Kristian Ortodoks.

Lembaga Pew menganggarkan bahawa Rusia akan menjadi salah satu negara berpenduduk Muslim paling besar di dunia. Hal itu dilihat daripada beberapa segi, salah satunya pembinaan masjid yang pesat di ibu kota Moscow.

Sementara itu, komuniti Islam di Rusia terbahagi dalam dua kumpulan yang besar, di mana kumpulan pertama berada di sekitar Volga-Ural, Barat Siberia dan Moscow. Dan kumpulan yang kedua berada di Utara Kaukasus.

Etnik Muslim paling tinggi di Rusia berasal dari suku Tatar yang berjumlah 7 juta orang, Bashkirs 1.5 juta, dan Chechen 1 juta orang.

2. United Kingdom

(Foto: huffingtonpost.co.uk)

Siapa duga pertambahan penduduk Muslim di United Kingdom akan bertambah pesat. Penduduk Muslim di UK mencapai 3 juta orang. Dengan jumlah seramai itu menjadikan UK sebagai salah satu negara Barat dengan pertumbuhan penduduk Muslim paling pesat.

Beberapa faktor seperti kelahiran dan pendatang adalah penyebab pertumbuhan Muslim di UK sangat cepat. Selain itu, berdasarkan Badan Bancian UK, sekurang-kurangnya ada 6 ribu warga UK yang beralih memeluk Islam saban tahun.

1. India

(Foto: thefrustratedindian.com)

India berpotensi mengalahkan Indonesia dalam jumlah penduduk beragama Islam. Menurut Pew, secara rasmi India diramalkan menjadi negara dengan penduduk Muslim terbanyak pada tahun 2050.

Peningkatan populasi Muslim di sana mencapai 18.4 peratus atau kira-kira 311 juta orang pada tahun 2050 nanti. Sementara itu, penganut agama Islam di India sekarang berjumlah 177 juta orang, beza hanya satu juta dengan negara majoriti Muslim terbesar kedua di dunia, Pakistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here