Adakah anda pernah memasuki tandas tandas awam? Kebanyakan tandas awam memang dibuat dengan pintu hanya di atas paras lutut sahaja.

Namun adakah anda tahu kenapa pintu tandas hanya dibuat di atas paras lutut? Ternyata reka bentuk pintu tandas awam bukan dibuat tanpa sebab. Rupanya ada alasan kenapa pintu tandas awam dibuat di atas paras lutut sahaja.

Ingin tahu apa sebabnya? Ikuti ulasan di bawah ini.

1. Mudah Dibersihkan

Tandas awam biasa direka dengan bentuk yang tidak terlalu besar, selalunya hanya cukup untuk ruang mangkuk tandas dan paip. Akhirnya bagi mengatasi masalah pembersihan yang sukar, pintu di mana ukuran di atas paras lutut dibuat untuk memudahkan kerja pembersihan.


2. Mengetahui Ada Orang Atau Tidak

Keadaan tandas awam bukanlah sentiasa dalam keadaan yang baik. Boleh jadi pintu tandas tidak mempunyai kunci atau ada kerosakan lain. Jadi, dengan adanya pintu tandas di atas paras lutut ini akan membolehkan kita menjangka keberadaan orang lain di dalam tandas sebelum masuk, orang yang ada di dalam akan jelas terlihat walaupun hanya kakinya saja.


3. Mengetahui perkara yang mencurigakan


Sebab lain pintu tandas dibuat 
di atas paras lutut ialah bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini seperti maksiat atau transaksi dadah ataupun aktiviti yang melanggar undang-undang berlaku. Maka pintu seperti ini akan dapat memudahkan orang lain mengetahui hal-hal tersebut. Jadi dengan ini kita sudah boleh fikir logik atau tidak jika satu tandas dimasuki lebih dari seorang orang dewasa?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here