Tentera AS memakai topeng gas dalam pertandingan untuk menguji kemahiran indiviru askar di Camp Stanley di Uijeongbu, Korea Selatan, 8 Julai 2015. (Foto: newsweek.com)

PYONGYANG – Korea Utara mengutuk perang terhadap keganasan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Pyongyang menuduh Washington menggunakan perang terhadap keganasan untuk memanipulasi kerajaan dan entiti lain di seluruh dunia.

Selain berusaha menyingkirkan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Korea Utara mendakwa tindakan Washington terus mengganggu kestabilan organisasi dan pemerintahan global. Korea Utara kemudian menyebut AS sebagai sebab utama keganasan antarabangsa belum dapat ditamatkan.

Sebuah artikel yang disiarkan oleh agensi berita Korea Utara, KCNA, menegaskan bahawa wakil Korea Utara dalam Perhimpunan Agung PBB ke-72 menjelaskan prinsip negaranya tentang bagaimana counterterrorism ditakrifkan oleh Pejabat Anti Keganasan PBB.

“Alasan utama keganasan antarabangsa belum dimusnahkan, terus berlanjutan dan meningkatnya pertempuran tentera dan diplomatik global adalah adanya campur tangan Pentagon dan Washington,” tulis KCNA seperti dipetik dari Russia Today, (8/10/2017).

Perwakilan Pyongyang di PBB juga mendokumentasikan rancangan gagal untuk membunuh Kim Jong-un dan menggulingkan pemerintah di Pyongyang.

“Pada bulan Mei tahun ini, sekumpulan pengganas kejam yang menyusup ke negara kami atas perintah CIA AS dan Perisikan Korea Selatan dengan matlamat melaksanakan keganasan yang ditaja negara terhadap ibu pejabat tertinggi kami menggunakan bahan biologi dan kimia ditangkap dan didedahkan,” tegas KCNA.

“Ini jelas menunjukkan sifat sebenar AS sebagai pelaku utama di sebalik keganasan,” tambahnya.

Perwakilan Korea Utara juga mendakwa bahawa Washington menyumbang terhadap ketidakstabilan global melalui penggunaan senjata biokimia untuk mensasarkan pemimpin tertentu yang dianggap tidak mesra terhadap AS.

“AS telah menyatakan sepenuhnya senario jenayahnya untuk tidak membantah menggunakan senjata biokimia untuk menurunkan struktur kepemimpinan ketika ini di Pyongyang,” menurut KCNA.

Korea Utara juga telah lama menuduh Washington sedang menyediakan “Plan Jupiter,” dalam bentuk serangan biokimia yang bertujuan menggulingkan pemerintah pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Dakwaan tentang ‘Plan Jupiter’ masih belum dibuktikan, walaupun perbalahan yang sering diperdebatkan tentang campur tangan antarabangsa AS dalam dunia politik dan perisikan tidak menunjukkan tanda-tanda akan hilang.

Laporan KCNA juga mendakwa Washington “mengubah warna”¬†seperti haiwan “bunglon” dalam usaha untuk membenarkan penggulingan kerajaan, terutama di Timur Tengah.

KCNA selanjutnya menyatakan bahawa Washington secara bergilir menggunakan counterterrorism dan pengawalan senjata pemusnah besar-besaran sebagai cara untuk mengekalkan pendudukan dan penyerbuan tentera yang sedang berlangsung di Afghanistan, Iraq, Syria dan Libya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here