(Foto: freemalaysiatoday.com)

Petaling Jaya: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyangkal kenyataan bahawa pihak mereka menyokong perbuatan ‘doktor gigi palsu’ yang melakukan perusahaan pergigian tanpa lesen.

Kekecohan berlaku setelah ada pihak yang mengatakan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut memberi bantuan bagi melepaskan gadis yang dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah dengan mengumpul dana untuk membayar denda sebanyak RM70,000.

Memetik laporan mStar (9/10), ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendakwa pihaknya tidak pernah bertemu dengan gadis berkenaan, menyangkal pernah mengeluarkan kenyataan yang menyokong perbuataan gadis terbabit malah tidak pernah terbabit atau mempromosikan kutipan dana bagi membantunya.

“Ini poster (kempen membebaskan Nur Farahanis Ezatty) yang dikeluarkan, mana ada logo PPIM.

“Tak tahu pasal apa marah sangat orang dekat PPIM. Jangan jadi musuh PPIM, kita tak buat benda (kesalahan),” katanya dalam siaran langsung di stesen Bernama Radio, Isnin.

Walaupun begitu, Nadzim mengakui pernah dihubungi peguam dan ahli keluarga Nur Farahanis bagi meminta bantuan, oleh itu beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang fikir bahawa nasihat yang diberikan oleh PPIM sebagai satu bentuk bantuan.

“Orang kata PPIM anggap Nara (Nur Farahanis Ezatty) ini aset negara, sebenarnya apa yang tepat adalah PPIM menyatakan bahawa setiap rakyat adalah aset negara dan bukan spesifik dia tak bersalah.

“Tak pernah sekali pun sokong dia dan tak logik kami sokong belajar daripada Youtube. Tak masuk akal kami nak biarkan dia teruskan perniagaan pendakap gigi palsu ini,” kata seorang lagi aktivis, Muhammad Zharif Johor.

“Bezakan dulu PPIM dengan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM). Individu yang dilihat itu memakai baju PPIM yang pernah diedarkan sebelum ini.

“Jadi kalau dia mewakili PPIM, ia tidak rasmi,” jelas Muhammad Zharif.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here