Sebuah rakaman video yang baru-baru ini dimuat naik menggemparkan pengguna internet. Ini kerana dalam video tersebut memaparkan bola api berukuran raksasa kelihatan jatuh dari langit. Adakah ini petanda bencana atau makhluk asing?

Ada dua video yang diambil dari tempat yang berlainan yang memaparkan kejadian yang sama. Video pertama dipercayai dirakam di Louisiana pada 29 April lalu. Dalam video itu kelihatan jelas bola api misteri tersebut jatuh dengan asap yang sangat besar.

Manakala video kedua dimuat naik pada hari yang sama dan dipercayai diambil di wilayah Texas. Bola api tersebut dilihat mempunyai warna merah yang terang seperti meteor jatuh.


Kejadian ini menyebabkan ia menjadi perbualan hangat netizen. Ada pengguna mengatakan bahawa itu adalah bola api, ada juga yang mengatakan bahawa objek tersebut adalah bom, dan bahkan ada juga yang memberikan tanggapan gurauan, “Mungkin itu Superman yang turun ke Bumi dari Krypton?” kata salah seorang pengguna.


Tidak diketahui secara jelas mengenai objek misteri seakan-akan bola api itu. Ada spekulasi mengatakan bahawa objek tersebut adalah sebahagian dari satelit yang jatuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here