Bangunan tertinggi di dunia ini terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dubai sendiri adalah salah satu daripada tujuh emiriah dan bandar paling ramai penduduk di UAE, yang terletak di sepanjang pantai selatan Teluk Parsi di Semenanjung Arab.

Menara Burj Khalifa telah dirasmikan pada 4 Januari 2010, bangunan 160 tingkat itu dinobatkan sebagai salah satu bangunan buatan manusia tertinggi di dunia. Menara ini menjadi sangat terkenal kerana kehebatan seni bina yang sangat menarik.

Bagi mereka yang telah atau tidak pernah melawat Burj Khalifa, anda mesti tahu fakta yang menakjubkan tentang bangunan tertinggi di dunia. Anda akan kagum!

1. Menara ini mempunyai lif terpantas di dunia dengan kelajuan 60km sejam.

(Foto: youtube.com)

2. Jumlah lif yang terdapat di bangunan ini ialah 57 lif dan 3,000 tangga.

(Foto: youtube.com)

3. Burj Khalifa memecahkan rekod sebagai bangunan dengan jumlah tingkat paling banyak di dunia iaitu sebanyak 160 tingkat, mengalahkan Wills Tower dan World Trade Center yang pernah memegang rekod dengan bilangan tingkat sebanyak 110 tingkat.

(Foto: nydailynews.com)

4. Asas menara ini diperbuat daripada 12,500 konkrit berkualiti tinggi dengan tiang sebanyak 192 dengan diameter 1.5 meter setiap yang ditanam pada kedalaman 50 meter di bawah permukaan tanah.

(Foto: oobject.com)

5. Bangunan ini mempunyai ketinggian 829.8 meter yang menewaskan tinggi bangunan Empire State dua kali ganda dan tiga kali lebih tinggi daripada Menara Eiffel.

(Foto: burjkhalifa.ae)

6. Reka bentuk keseluruhan bangunan diinspirasikan dari bentuk bunga Hymenocallis dari Yunani.

(Foto: quora.com)

7. Tinggi bangunan Burj Khalifa dapat dilihat dari jarak 95 kilometer.

(Foto: segredosdeviagem.com.br)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here