(Foto: radaronline.com)

LOS ANGELES – Marilou Danley, wanita yang disebut sebagai kekasih lelaki bersenjata Stephen Paddock telah kembali ke Amerika Syarikat, memetik laporan Kompas.com (5/10/17).

Sebelum ini, dia menempuh perjalanan udara dari Manila, Filipina. Apabila tiba di Los Angeles, Marilou Danley dengan serta-merta berurusan dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.

Danley disambut oleh ejen persekutuan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada malam Selasa.

“Tidak pernah saya terfikir dalam apa cara sekalipun bahawa dia merancang pembunuhan ini,” katanya seperti yang dipetik oleh laman Fox News.

“Saya mengenali Stephen Paddock sebagai seorang yang baik, penyayang, dan pendiam,” kata Marilou Danley dalam satu kenyataan.

Kenyataan bertulis Danley telah dibaca oleh peguamnya di luar ibu pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Los Angeles.

“Saya mencintainya dan berharap masa depan yang tenang dengannya.”

“Dia tidak pernah berkata apa-apa kepada saya, atau membuat tindakan untuk saya sedar mengenai sesuatu perbuatan yang dahsyat seperti ini.”

Danley menjalani pemeriksaan selepas dua minggu di Filipina. Maksudnya, ketika tragedi di Mandalay Bay berlaku pada malam Ahad, wanita itu masih di luar AS.

Dalam kenyataan itu, Danley juga memberitahu, Paddock berjaya mendapatkan tiket murah untuk saya ke Filipina.

“Dia mahu saya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga saya,” kata Danley.

Ketika Danley berada di Filipina, Paddock kemudian menghantar wang kepada Danley dan keluarganya untuk membeli rumah.

“Saya bersyukur, tapi sejujurnya, saya bimbang.”

“Pertamanya tentang mengenai perjalanan tiba-tiba saya ke Filipina, dan, pengiriman wang itu, saya fikir ia adalah cara dia untuk putus hubungan dengan saya,” kata Danley.

Menurut maklumat yang tersebar, Paddock mengirim wang sebanyak AS$100,000 ke Filipina beberapa hari sebelum penembakan.

“Tetapi dia tidak pernah berkata apa-apa kepada saya atau melakukan tindakan untuk saya sedar sebagai amaran bahawa sesuatu yang mengerikan seperti ini akan berlaku.”

Wanita berusia 62 tahun itu telah mendapat perhatian ramai, sejak dia pertama kali disebut oleh pihak berkuasa keselamatan, sejurus selepas serangan itu.

Menurut Timbalan Pengarah FBI Andrew McCabe, penyiasat sedang berusaha untuk “masuk ke dalam minda” Paddock.

Pembunuhan beramai-ramai itu telah membunuh lebih daripada 50 orang awam.

Penyiasa sedang berusaha menyelidik kehidupan Paddock, tingkah laku, dan termasuk orang yang dia temui sebelum berlaku insiden yang paling mengerikan dalam sejarah AS itu.

Siasatan juga dilakukan dengan memeriksa komputer dan telefon bimbit Paddock.

Namun hingga semalam, penyiasat masih belum dapat menjelaskan apa yang menyebabkan Paddock melakukan perbuatan ganas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here