Jari seorang lelaki tersepit pintu kereta api yang sedang melaju (foto: Nextshark)

Peristiwa mengerikan terjadi di stesen kereta api di Changzhou, Provinsi Jiangsu, China, apabila seorang lelaki terpaksa berlari mengikuti kereta api kerana jarinya tersepit pintu kereta api yang baru melaju.

Sebuah video yang telah dimuat naik menunjukkan bagaimana lelaki itu berlari mengikuti kereta api dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya. Dia terpaksa berlari mengikut arah kereta api kerana jarinya tersepit pintu kereta.


Orang ramai yang berada di situ cuba untuk menghentikan kereta itu. Salah seorang pegawai stesen juga kelihatan memberikan isyarat kepada kereta api itu untuk berhenti.

Menurut People ‘s Daily Online seperti dikutip Nextshark, jari lelaki itu telah tersangkut ketika dia ingin keluar dari kereta api itu setelah menyedari bahawa dia naik kereta api yang salah.

Tapi nasib menyebelahi lelaki itu yang akhirnya berjaya melepaskan jarinya pada saat-saat akhir sebelum ia melepasi hujung stesen. Tidak ada mangsa cedera dalam insiden ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here