Satu siri gangguan yang tidak dapat dijelaskan berlaku di sebuah sekolah di Deerpark, Cork, Ireland. Apa yang berlaku disebut berpunca dari perbuatan hantu yang tinggal di dalam bangunan.

Rakaman kamera CCTV di salah satu bilik sekolah berjaya menangkap situasi menyeramkan yang boleh membuat bulu roma meremang. Objek-objek dapat dilihat bergerak sendiri pada tengah malam, ketika tiada orang di sekolah.

Dalam rakaman itu yang juga diterbitkan Daily Mail, Khamis (05/10/2017), dapat dilihat pintu terbuka dan tertutup sendiri, perabot bergoyang dan almari terbuka dan kertas terbang dari situ.

“Kami berjaga di sekolah kerana adanya pergerakan itu, dan ketika kembali meninjau gerakan itulah yang kami lihat. Pada masa itu tengah malam. Kami bingung, tidak tahu apa itu,” ujar pengetua sekolah, Kevin Barry.

“Kami merasa ada sesuatu yang aneh terjadi, kerana orang kadang-kadang merasakan rasa udara sejuk ketika melewati kawasan itu.

“Ia sangat menarik – salah seorang guru saya membawa haiwan kesayangannya dengannya tetapi haiwan kesayangan itu tidak mahu pergi melepasi kawasan itu.”

Barry mengatakan bahawa beliau tidak tahu sama ada seseorang sedang bermain “prank yang dirancang dengan baik” di sekolah itu, tetapi beliau mengaku bahawa sekolah itu “sangat tua”, ia didirikan pada tahun 1828.

“Saya kurang percaya, tetapi kami menyiarkan video itu di Facebook, hanya kerana kami tidak tahu sama ada ia gurauan atau apa, adakah ada seseorang bermain dengan kami?” kata Barry.

“Ini adalah bangunan yang sangat lama dan mempunyai banyak sejarah. Orang-orang dalam bangunan tua selalu mendengar suara bising dan aneh, tetapi ini pertama kalinya kita berjaya merakam sesuatu pergerakan.”

“Kami sering menjumpai kertas yang bertebaran tetapi kami tidak dapat mengatakan apa itu, kami hanya menganggap ia adalah perbuatan pelajar.”

“Kerana kami mempunyai sensor pengesan gerakan sekarang, seharusnya boleh mengesan orang lain yang datang ke kawasan itu oleh kamera satu lagi, tapi tidak dapat dikesan, kata Barry.

Berikut adalah rakaman seram tersebut:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here