Dalam rakaman yang dimuat naik oleh akaun Faizan Nusrat di YouTube memaparkan seorang nelayan yang berjaya menangkap jerung yang nampak buncit pada bahagian perutnya.

Oleh kerana rasa ingin tahu dengan isi perut jerung yang besar sedangkan ukuran tubuhnya tidak setanding dengan perutnya itu, nelayan itu kemudian membelah perut ikan jerung tersebut. Dan isinya ternyata?

Jerung malang itu ternyata sedang bunting. Ketika perutnya di belah, ada kira-kira 34 ekor anak-anak jerung yang sudah sedia keluar dari perut ibunya.

Tanpa berfikir panjang, nelayan tersebut kemudian memutuskan melepaskan puluhan anak jerung yang keluar dari perut ibunya ke laut supaya anak-anak jerung itu terus hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here