(foto: recode.net)


Hari ini memang memang sangat banyak barang-barang aneh yang tidak masuk akal dijual dengan harga terlalu tinggi. Walaupun begitu masih ada saja yang sanggup membeli kerana menyukai barangan tersebut walaupun harga yang diletakkan sangat tinggi.

Inilah yang berlaku apabila satu screenshot telah dijual di laman web jual beli dalam talian eBay. Screenshot adalah gambar hasil tangkapan di skrin monitor PC atau smarthphone yang biasanya digunakan untuk keperluan tutorial sebagai gambar penyokong.

Namun bagi akaun Xhacker02, screenshot boleh menghasilkan wang hingga beribu-ribu ringgit. Seperti yang telah dikutip laman recode.net, akaun Xhacker02 itu memaparkan sebuah screenshot yang dimilikinya di laman web eBay dengan kata lain ingin menjualnya. Dia menambah keterangan di screnshoot tersebut, “Apa pun boleh menjadi karya seni. Dan postingan ini adalah karya seni.”

Awalnya pemilik akaun bernama Xhacker02 membuka harga $500 atau kira-kira RM2000 untuk screenshot miliknya. Hairannya, ada kira-kira 45 orang yang cuba menawar gambar tersebut.

Dan yang paling dahsyat adalah ada yang ingin membelinya dengan harga $90,900 atau sekitar RM390,000. Sudah tentu postingan dari Xhacker02 ini jadi tular di dunia maya dan menjadi bahan perbincangan netizen.

Netizen yang mungkin tidak faham dengan erti screenshoot tersebut menjadi kehairanan mengapa ada yang mahu membeli gambar yang sebenarnya tidak mempunyai nilai tersebut dengan harga yang begitu hebat iaitu bernilai RM390,0000. Atau mungkin mereka hanya tunjuk minat sahaja namun tiada niat membelinya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here