Berpuluh-puluh ekor lembu mati disambar petir (foto: Daily Mail)

Penternak lembu Jared Blackwelder mengalami pengalaman menakutkan apabila menyaksikan 32 ekor lembu miliknya mati akibat disambar petir besar pada hari Sabtu lalu, setelah ribut melanda wilayah Cabool, Missouri.


Jared menjelaskan bahawa dia bertolak kira-kira jam 4 pagi untuk memerah susu seperti biasa dilakukan setiap hari. Ketika pulang selepas memerah susu, tiba-tiba kilat besar menyambar berdekatan tempat dia berada.

“Sangat terang sehingga saya hampir tidak boleh melihat,” kata Jared, seperti dikutip dari Daily Mail (3/5/2017).


(Foto: Daily Mail)


Pada hari itu, Jared terus balik semula ke ladang peternakannya dan melihat pemandangan yang mengerikan.

“Saya turun dari atas bukit dan melihat mereka (lembu) terbaring di sana,” tambah Jared.

“Mereka cuba berteduh mengelakkan dari hujan.”

(Foto: Daily Mail)

Lembu-lembu milik Jared dipercayai berkerumun bersama ketika ribut berlaku. Sehingga ketika ada petir, lembu-lembu itu mati dalam berkelompok.

Disebabkan insiden ini, Jared telah mengalami kerugian sebanyak $60,000 atau sekitar RM259,650. 32 ekor lembu miliknya merupakan lembu organik yang sudah pasti nilainya tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here