Perkara yang paling sering dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah berkongsi atau bertukar produk kecantikan, terutamanya gincu. Kebanyakan perempuan saling cuba produk gincu bagi mendapatkan warna yang mereka gemari.

Namun ternyata berkongsi gincu dengan orang lain bukanlah perkara yang baik. Banyak perkara negatif yang boleh terjadi jika anda menggunakan atau meminjamkan gincu orang lain.

Tekstur gincu yang lembab membuatnya menjadi tempat yang paling baik buat bakteria untuk berkembang.

Oleh kerana itu apabila kita berkongsi gincu akan memudahkan bakteria dari gincu berpindah dari satu bibir ke bibir lain. Berkongsi gincu perlu dielakkan memandangkan bibir merupakan tempat yang boleh jadi ada bakteria.

Di dalam bibir terdapat pembuluh darah yang agak luas di permukaan kulit bibir yang sangat halus. Jika menggunakan gincu yang sudah dipakai oleh orang lain selama beberapa minggu, boleh jadi bakteria dan virus masih tetap melekat di dalam gincu itu sendiri.

Boleh jadi anda dijangkiti penyakit seperti bibir pecah-pecah, terkupas atau sariawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here