Apabila pemandu sedang menunggu lampu hijau di persimpangan jalan di daerah Mukilteo, mereka dikejutkan dengan insiden seperti dalam filem-filem blockbuster.

Tiba-tiba sebuah pesawat kelihatan seolah-olah terhempas dari langit ke jalan yang sedang sesak dipenuhi kenderaan. Kemalangan mengerikan ini bahkan sempat dirakamkan kamera yang berada dalam kereta salah seorang pengguna jalan raya yang berada di situ.

Dalam rakaman tersebut, pesawat itu kelihatan melanggar tiang elektrik sehingga menyebabkan percikan api, kemudian pesawat itu jatuh ke jalan dan mengakibatkan letupan besar.

Menurut laporan polis setempat, seperti dikutip dari Seattle Times, pesawat itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Terbang Paine pada hari Selasa (2/5/2017) kemarin.

Nasib baik tidak ada korban nyawa dalam kemalangan mengerikan ini, tapi hanya ada beberapa orang mengalami luka dan kereta rosak.

Lihat videonya di bawah ini:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here