Video seorang lelaki diserang di luar sebuah masjid di Austin Perdana, Johor, telah tersebar luas di media sosial.

Menurut laporan media dan facebook, kejadian itu berlaku apabila lelaki yang memandu kereta Toyota Camry itu membunyikan hon tidak henti-henti semasa solat Jumaat.

Ia berikutan kenderaan yang dipandunya terhalang oleh kereta yang diparkir di luar masjid.

Dalam salah satu video, pemandu itu dilihat cuba untuk mempercepatkan lagi kenderaan apabila berhadapan dengan sekumpulan jemaah masjid yang memukul dan menendang kereta.


Seorang lelaki dilihat memukul pemandu dengan kon berulang kali, manakala ada juga orang lain yang kelihatan menggesa jemaah supaya bertenang.

Seorang wanita yang dipercayai berada di dalam kereta juga, keluar dari kereta cuba untuk menghentikan serangan.

Sementara itu, Utusan Online memetik saksi Muhammad Akmal Bakar, 18, menyatakan bahawa pemandu berkali-kali membunyikan hon sehingga bacaan akhir solat.

Difahamkan, pihak berkuasa masjid dan mangsa telah membuat laporan polis berasingan berhubung kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here