Korea Utara sedang menghadapi “perang saraf” dengan Amerika Syarikat. Ujian nuklear dan peluru berpandu Kim Jong-un dianggap sebagai ancaman kepada negara-negara lain.

Sejak Jong-un memimpin, media antarabangsa menyiarkan tentang berita armada perang dan senjata milik Korea Utara.

Editor RealClearDefense, Harry J. Kazianis, menyebut lima senjata rahsia milik Korea Utara yang mesti diketahui oleh dunia. Dipetik dari laman National Interest, kata Harry, Korea Utara mempunyai bom dengan kuasa letupan dahsyat.

Bom boleh digunakan untuk memusnahkan lima bandar yang padat penduduknya di Korea Selatan.

Korea Utara juga dikatakan mempunyai senjata kimia yang dapat mengurangkan populasi manusia. Senjata kimia pembunuh ini didakwa dibangunkan dengan masa yang lama.

Dalam tulisannya, Harry juga menyebut peluru berpandu jarak jauh Korea Utara boleh mengundang bahaya yang besar. Peluru berpandu Korea Utara pernah dilancarkan melintasi langit Jepun. Ancaman ini menjadi kebimbangan rakyat Jepun dan dunia.

Amerika Syarikat adalah sasaran utama peluru berpandu jarak jauh yang dibuat oleh Kim Jong-un.

Harry mengatakan dunia perlu tahu tentang ancaman artileri berat Korea Utara. Menurutnya, artileri berat itu akan digunakan untuk menyerang Seoul, Korea Selatan.

Walaupun masih sekadar andaian, dunia harus berwaspada oleh pemilikan artileri berat Korea Utara.

Satu lagi senjata yang dimiliki oleh Korea Utara ialah serangan siber. Dalam artikelnya, Harry meminta penduduk dunia untuk menyedari keupayaan pegawai penggodam yang dikatakan dari Korea Utara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here