Anak tikam bapa (foto: asiantown.net)

Sudah menjadi kewajipan kita berbuat baik kepada ibu bapa kerana tanpa mereka kita bukan sesiapa. Tetapi hal sebaliknya pula berlaku di Thailand di mana seorang anak sanggup menikam bapanya sendiri hanya kerana kesilapan yang tidak seberapa.


Kejadian tersebut bermula ketika suspek merasa kesal kepada mangsa si bapa kerana membuatkan dia tertunggu hidangan sup yang akan disantapnya. Ketika si 
bapa mengaku bahawa dia lupa menambah sos ikan ke dalam sup daging babi kegemarannya, suspek merasa marah dan kemudian mengamuk.

Suspek memecahkan botol sos yang kemudian digunakan untuk menikam kepala bapanya sehingga beberapa kali. Sadisnya lagi dia menikam bahagian perut bapanya menggunakan pisau dapur. Polis mendedahkan bahawa pisau yang menusuk bahagian tubuhnya tembus hingga ke jantung.

Mangsa dijumpai terlentang dipenuhi darah di buaian di depan rumahnya. Menurut Timbalan Ketua Polis Kolonel Nitipat Kitichartchai seperti dikutip dari asiantown.net, “Si bapa menawarkan diri untuk memasak daging babi. Suspek pergi minum minuman keras dan kemudian ingin makan. Namun bapanya mengatakan bahawa makanannya belum siap dan belum dimasak,” ujar Nitipat.

“Anak lelaki itu tidak mahu menunggu. Lalu ayahnya mengatakan dia lupa menuangkan sos ikan dan anaknya marah.” tambahnya.

“Dia telah menggunakan pisau untuk menikam bapanya di rumah.”

Suspek telah dihantar ke penjara Amphore Nangrong di Buriram untuk menunggu keputusan hukuman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here