Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di Doha, Qatar pada 15 Julai 2017 (Foto: Mohamed Farag / Anadolu Agency)

Qatar tidak akan mengekstradisi pendakwah terkenal Yusuf Al-Qaradawi ke Mesir dengan mendakwa beliau bukan “pengganas tetapi lawan politik”, kata Menteri Luar Negeri Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani.

Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, dikehendaki di Mesir atas tuduhan beliau merupakan anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin.

“Al-Qaradawi tidak akan diekstradisi kerana dia telah menjadi warganegara Qatar sejak tahun 1970-an. Dia juga bukan pengganas tetapi lawan politik yang mempunyai pandangan yang berbeza.”

(Foto: File)

Al Thani meneruskan dengan berkata: “Maklumat yang membawa beberapa negara anggota Majlis Kerjasama Teluk dan Mesir untuk mengklasifikasikan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas tidak berketepatan dengan maklumat yang dimiliki oleh Qatar. Oleh itu, kita tidak menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas.

“Kami memberi tempat kepada orang-orang ini sebagai lawan politik. Kami banyak memberi tempat kepada orang lain dari pelbagai negara dan bukan hanya dari Mesir. ”

Al Thani berkata : “Kami tidak membenarkan mereka (ahli Ikhwanul Muslimin) terlibat dalam sebarang aktiviti politik di Qatar atau menggunakan negara kami sebagai titik permulaan untuk menghina atau menyerang negara mereka.”

Katanya, Doha tidak menyokong Ikhwanul Muslimin “tetapi menyokong dan masih mendukung rakyat Mesir”.

Oleh sebab itu, Qatar tidak menarik balik pelaburannya di Mesir yang berjumlah kira-kira $20 bilion, “kerana mereka berkhidmat untuk rakyat Mesir dan menyumbang untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi Mesir”.

“Qatar percaya bahawa jika Mesir tetap kuat, ini akan memberi kesan positif terhadap dunia Arab.”

Kepentingan GCC

Al Thani menggambarkan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai “penting dan sumber kestabilan di rantau ini”. Beliau juga menegaskan bahawa “Qatar tidak mungkin menarik diri dari Majlis Kerjasama Teluk.”

“Qatar akan tetap komited untuk memelihara keselamatan di Teluk, walaupun pada hakikatnya negara-negara pemboikot meletakkan Majlis Kerjasama Teluk dalam risiko dengan melanggar prinsipnya.”

Walau bagaimanapun, “terdapat keperluan untuk membentuk semula Majlis Kerjasama Teluk untuk menghormati kedaulatan negara anggota dan untuk mengelakkan dasar bebanan terhadap negara-negara lain.”

Al Thani menegaskan bahawa negaranya bersedia untuk “berdialog tanpa syarat untuk membincangkan tuntutan negara-negara pemboikot tanpa sebarang konsesi berhubung kedaulatannya.”

Pada 5 Jun, Arab Saudi, Emiriiah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir menghentikan hubungan dengan Qatar atas alasan “sokongannya terhadap keganasan”, namun Doha dengan tegas menafikan tuduhan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here