Sebuah foto yang memaparkan seorang wanita sedang duduk di atas Kereta Kencana Badak Putih ini yang diambil di Pendopo, Cianjur, Jawa Barat, menjadi heboh di kalangan netizen. Ini kerana dalam foto tersebut ada sesuatu yang aneh.

Dalam foto yang dimuat naik pertama kali oleh akaun Facebook Reinhard Driple itu tampak seorang wanita bertudung merah sedang duduk di atas Kereta Kencana Badak Putih. Apa membuat netizen kehairanan adalah kerana wanita itu mempunyai 3 tangan.

Wanita itu kelihatan mempunyai dua tangan kiri, satu yang kelihatan memegang tangan kanannya, dan yang satunya lagi kelihatan diletakkan di dagunya.

Terus saja gambar itu terus mendapat respon daripada netizen. Sebahagian besar netizen menganggap bahawa foto ini merupakan hasil suntingan. Tetapi menurut Reinhard, foto itu adalah foto tanpa sebarang suntingan.

“Tanpa suntingan, itulah kejadiannya selepas lumba daerah kelmaren di Pendopo,” tulis Reinhard.

Menurut keterangan gambar tersebut, dipercayai bahawa si wanita adalah seorang guru SD Karangtengah di sebuah bandar di Indonesia.


Kami berpendapat foto tersebut adalah hasil suntingan, ataupun mungkin tangan palsu digunakan wanita itu, hehe. Bagaimana pendapat anda, adakah gambar ini asli atau palsu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here