Wanita Arab Saudi tiba di perhimpunan untuk merayakan Hari Kebangsaan Arab Saudi kali ke-87 di Riyadh, pada 23 September 2017. (Foto: REUTERS)

Kita baru saja membaca berita tentang penarikan larangan memandu bagi perempuan Arab Saudi, yang rancangannya akan dikuatkuasakan secara rasmi pada 2018.

Sekatan sosial yang mengikat wanita Saudi, satu-satunya negara yang melarang wanita untuk memandu, kini mula longgar.

Berita bahawa Raja Salman telah mengeluarkan sebuah perintah diraja yang akhirnya memberi kebebasan bagi wanita Arab Saudi untuk memandu tetap disambut baik.

Namun, walaupun Raja Salman menjanjikan banyak reformasi mengenai sekatan sosial itu, ketidakpercayaan tetap ada di kalangan aktivis reaksionis kerajaan tersebut, seperti dilaporkan The Independent, Rabu (27/9/2017).

“Isu-isu wanita selalu digunakan oleh rejim Saudi pada masa yang tepat untuk menyebarkan publisiti buruk.

“Kita bercakap tentang memandu, seolah-olah itu adalah hal yang paling penting – ia penting bagi pergerakan wanita, tapi ada beberapa larangan undang-undang (yang juga merupakan masalah mendesak),” kata Madawi al-Rasheed, profesor antropologi sosial Arab Saudi di London School of Economics, kepada BBC Radio 4’s Today, pada Rabu (27/09/2017).

Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah melaksanakan “Visi 2030”, sebuah cetakan biru jangka panjang mengenai reformasi ekonomi dan sosial yang direka untuk memodenkan Arab Saudi dan mengabaikan pergantungan pada pendapatan minyak.

Walaupun terdapat beberapa pembaharuan untuk wanita, setakat ini terdapat sekurang-kurangnya lapan larangan yang tidak dapat dilakukan wanita Saudi.

1. Kahwin

Kebenaran untuk berkahwin mesti diberikan oleh wali, atau penjaga. Wanita yang ingin berkahwin dengan orang asing harus mendapat persetujuan dari kementerian dalam negeri, dan perkawinan dengan non-Muslim sangat sulit dan menjadi hampir mustahil.

2. Buka akaun bank sendiri

Walaupun sekarang terdapat beberapa pekerjaan wanita dalam kerajaan yang dibenarkan untuk melakukan tanpa kebenaran lelaki, seperti bekerja sebagai pembantu kedai atau di tapak pameran, mereka tidak dibenarkan memiliki akaun bank mereka sendiri untuk mengawal kewangan mereka tanpa izin.

3. Perbicaraan

Kesaksian seorang wanita hanya bernilai separuh lelaki dalam sistem perundangan Arab Saudi. Wanita juga hanya menerima sedikit harta warisan berbanding adik beradik lelaki mereka yang berhak.

4. Perjalanan

Pasport dan kad pengenalan mestilah diperolehi dengan kebenaran seorang penjaga lelaki. Wanita biasanya tidak dibenarkan meninggalkan rumah seorang diri.

5. Berpakaian sesuka hati

“Berpakaian untuk kecantikan” adalah haram, sebaliknya harus berpakaian sederhana .

Gaun panjang abaya – mantel panjang yang dipakai di atas pakaian lain – dipakai oleh semua wanita di khalayak ramai, walaupun dalam beberapa tahun terakhir aturan tentang warna, hiasan, dan bagaimana tudung dipakai sudah mulai melonggar..

6. Berinteraksi dengan lelaki

Perbualan dan masa yang dihabiskan dengan lelaki yang bukan ahli keluarga adalah terhad. Di khalayak ramai, restoran, universiti dan ruang lain mempunyai ruang ‘keluarga’ dan ruang yang khas untuk lelaki.

7. Rawatan perubatan

Untuk operasi dan prosedur menyelamatkan nyawa memerlukan tandatangan bertulis dari saudara lelaki.

8. Memegang hak penjagaan anak-anak

Dalam kes perceraian, wanita hanya dibenarkan menjaga anak-anak mereka sehingga mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here