Serangan bom bunuh diri kembali lagi berlaku di Indonesia. Kali ini serangan tersebut berlaku di Terminal Kampung Melayu, Jakarta, pada Rabu (24/05) malam. Setakat ini, lima orang mangsa dilaporkan dalam insiden ini ada lima orang, termasuk tiga anggota polis dan dua pelaku.

Polis mengatakan bahawa serangan bom bunuh diri di Kampung Melayu merupakan tindakan pengganas global yang beberapa hari lalu juga berlaku di Manchester, England, ketika konsert Ariana Grande. Kemudian beberapa hari lalu, bandar Marawi di Filipina juga telah diserang ISIS.

“Ada serangan di Manchester, England, ketika konsert Ariana Grande. Kita juga mendengar di negara jiran kita, Filipina, ISIS menyerang bandar Marawi. Menurut saya, ini adalah sebahagian daripada serangan global,” ujar Kadiv Humas Polri Irjen Setyo Wasisto kepada BBC, Kamis , (25/05).

Setyo mengaku bahawa pihaknya sudah menjangkan akan ada serangan pengganas di Indonesia. Cuma mereka tidak tidak tahu bila dan di mana serangan tersebut akan berlaku.

Setakat ini belum ada penjelasan pasti mengenai motif serangan bom bunuh diri di Kampung Melayu, adakah serangan ini merupakan sebahagian daripada serangan pengganas global atau bukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here