Tumpahan nuklear eksperimen Jerman di Haigerloch. (Foto: FILE)

Sekiranya Hitler berjaya melaksanakan rancangannya dan Nazi mengembangkan bom atom sebelum sekutu, dunia di mana kita hidup mungkin akan menjadi tempat yang sangat berbeza.

Penemuan baru yang mengejutkan oleh pemburu pusaka lama Jerman menunjukkan Hitler mungkin lebih dekat dengan matlamatnya lebih daripada apa yang kita fikir.

Hitler berkali-kali terlepas dari cubaan bunuh. (Foto: AFP)

Bernd Thälmann, 64, berada di Berlin minggu lalu dengan pengesan logamnya ketika dia terjumpa logam besi bukan-magnetik yang aneh.

Biasanya, Thälmann akan membawa pulang penemuan luar biasa ke rumahnya, tetapi selepas membuat pemeriksaan singkat timbul perasaan bimbang dan memaklumkan kepada pihak berkuasa, lapor Kurier Berlin.

Ia adalah satu langkah pintar. Rupa-rupanya, penemuan Thälmann adalah sebenarnya sekeping bahan radioaktif.

Kawasan tinjauannya, Oranienburg, adalah lokasi percubaan ujian nuklear Nazi rahsia yang telah dihapuskan ketika sekutu-sekutu menggugurkan lebih dari 10,000 bom di atasnya.

Langkah kecemasan dilaksanakan dan kawasan sekitarnya itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga manakala pegawai HAZMAT yang memakai baju khas membungkus bahan yang disyaki radioaktif ke dalam beg dan menghantarnya untuk ujian.

Pada masa itulah kewujudan radioaktif disahkan, Thälmann kini sedang disiasat kerana memiliki bahan radioaktif yang tidak dibenarkan.

Dia tidak mahu memberitahu polis tepat di mana dia menjumpainya kerana dia berhasrat untuk kembali ke tapak itu pada masa akan datang untuk ekspedisi lanjut. Dia perlu bijak untuk melakukannya dengan berhati-hati.

Ketika perang, sekutu menyedari cita-cita nuklear Hitler dan berjaya menghentikannya, terutamanya pada tahun 1942 ketika sembilan orang pensabotaj memanjat tebing untuk menghancurkan loji air Norway di bawah kawalan Nazi.

Persoalan sama ada Nazi berjaya mengembangkan senjata nuklear atau tidak telah muncul sebelum ini. Pada tahun 2005, ahli sejarah Rainer Karlsch mendakwa bahawa mereka telah sampai sejauh menguji hingga tiga bom pada tahun 1944 ketika sekutu telah memasuki di Berlin, lapor Der Spiegel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here