Foto mufti Wilayah Persekutuan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. – Foto Facebook/Ustaz Dr. Zulkifli


Pemakaian serban ketika menunggang atau membonceng motosikal tidak melanggar undang-undang jalan raya disebabkan kelonggaran yang diberi atas faktor agama.

Namun, Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron menasihati orang awam untuk tidak mengambil kesempatan oleh kelonggaran yang diberikan, lapor mStar Online.

“Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” ujar beliau.

Menurut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975, kelonggaran diberi terhadap sesiapa yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.

Mengulas kenyataan permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata bahawa kecaknaan kepada aspek keselamatan jalan raya wajar diikuti.

Semalam, kisah permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kepada JPJ dan PDRM telah menular di kalangan netizens.


Rata-rata netizens memuji tindakan mufti wp yang menunjukkan contoh dan tauladan yang baik. Walaupun beliau melakukan kesalahan, namun beliau tidak malu untuk tampil memohon maaf di atas kesalahannya.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here