27 MEI – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka pagi semalam dengan fon telinga sambil telefon bimbitnya dicaj menggunakan powerbank.

Ibu mangsa mendapati dia sudah tidak bernyawa di dalam bilik tidurnya pada waktu pagi, New Straits Times melaporkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Kamaluddin Kassim berkata, kejadian disedari apabila mangsa tidak membuka pintu apabila diketuk banyak kali ketika ibunya mahu mengejutkannya pada jam 7 pagi.

Selepas tidak mendapat sebarang respon daripada anaknya, ibunya menggunakan kunci ganti untuk membuka kunci pintu bilik tidur anaknya. Dia mendapati anaknya terbaring kaku di atas katil.

“Mangsa telah mengenakan fon telinga yang disambungkan ke telefon mudah alih yang dicaj menggunakan powerbank,” kata Kamaluddin.

Mangsa dikenali sebagai Syamirul Armizie Adenan dan tidak bekerja.

Kamaluddin berkata terdapat tanda melecet pada bahu kiri mangsa di mana powerbank itu diletakkan. Tidak diketahui secara jelas sama ada powerbank meletup atau tidak.

Beliau berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here