28 May – Tajuk “Malaysian terrorist leader” pada muka depan akhbar The Star semalam yang merujuk kepada cerita bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad, telah mengundang kecaman netizens terutama di kalangan penganut islam selepas ia menular di laman sosial.

Netizens mempersoalkan tujuan sebenar gambar umat Islam menunaikan solat terawih di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada hari pertama Ramadan diletakkan di bawah tajuk pada muka depan akhbar tersebut.

Selepas mendapat kritikan bertalu-talu pengguna internet, akhirnya The Star megeluarkan kenyataan memohon maaf yang disiarkan menerusi portal rasmi The Star.




Menurut portal berkenaan, telah menjadi kebiasaan The Star meletakkan gambar Muslim melaksanakan solat sunat terawih pertama pada muka depan akhbar 
untuk menghormati bulan Ramadan ini. Ia telah dilakukan sejak sedekad yang lalu atau lebih.

“Tahun ini, terdapat kebetulan cerita utama mengenai seorang pemimpin pengganas, kemudian ramai hubungkan tajuk dengan gambar berkenaan, yang mana bukan niat akhbar ini.

“Pada pengalaman yang lalu, The Star sepatutnya lebih arif dan sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam. Kami memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami,” seperti dipetik dari portal The Star.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here