(Foto: Twitter/@preetalina)

TEXAS CITY – Haiwan raksasa yang terdampai ke pantai Texas, Amerika Syarikat, disebabkan oleh ribut yang dicetuskan oleh Harvey, telah membuat saintis bingung.

Imej raksasa laut dengan giginya yang tajam telah tersebar secara meluas dalam media sosial dan mendapat liputan media tempatan, tetapi ahli biologi masih tidak dapat mengenalpasti apakah haiwan tersebut.

Makhluk gergasi itu dijumpai telah membusuk di pantai berhampiran Texas City, Texas, selepas ribut itu menyebabkan laut bergelora dan gelombang mendamparkan haiwan tersebut ke darat.

(Foto: Twitter/@preetalina)

Pihak berwajib mendakwa tidak tahu apa sebenarnya nama binatang itu dan ada yang berpendapat ia mungkin seekor belut gergasi, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, dan The Washington Post, Khamis (9/14/2017).

Imej makhluk ini yang menarik perhatian telah tersebar secara meluas setelah ia disiarkan oleh anggota pemuliharaan Persatuan Audubon Kebangsaan, yang menemui haiwan aneh itu.

(Foto: Twitter/@preetalina)

Pengurus media sosial persatuan itu, Preeti Desai, berkata dia berada di pantai berhampiran Texas City selepas ribut tropika Harvey untuk melihat sendiri kesan bencana dan sejauh mana penangannya.

Preeti Desai kemudiannya menemui seekor makhluk gergasi yang telah membusuk di pantai Texas City, dan meminta bantuan menerusi akaun Twitter.

Desai kemudian memuat naik beberapa gambar dengan kata-kata, “Baiklah, ahli biologi di Twitter, apa ini?”

(Foto: Twitter/@preetalina)

“Saya menyimpan minat yang besar terhadap hidupan liar, terutamanya burung dan makhluk laut, , tetapi ia sangat tidak dijangka untuk melihatnya di pantai,” katanya.

“Pada kali pertama saya melihat bagi saya ia kelihatan seperti sesuatu dari laut dalam.

Para ahli biologi mengatakan bahawa makhluk itu mungkin sejenis belut laut.

Jawapan kepada persoalannya akhirnya datang dari Dr Kenneth Tighe, seorang ahli biologi , yang percaya ia adalah ular-belut fangtooth, yang juga dikenali sebagai belut “tusky”.

Ketiadaan mata haiwan tersebut dalam foto Desai menyebabkan haiwan itu kelihatan tidak berwajah, tetapi menurut Earth Touch News, ia mungkin telah kering di bawah sinar matahari dalam menjalani salah satu peringkat pertama penguraian.

(Foto: Twitter/@preetalina)

Ular-belut fangtooth biasanya hidup di dalam lubang kira-kira 100 hingga 300 kaki di bawah permukaan.

Dalam media sosial banyak mendapat ulasan netizen. Selain ada yang percaya ia adalah belut gergasi, ada juga netizen lain menyebutnya sebagai makhluk asing.

Orang awam di Texas berfikir bahawa ribut Harvey, yang disertai oleh angin kencang dan banjir di Texas, telah menyebabkan makhluk itu terdampar di pantai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here