Jepun boleh dianggap sebagai kunci utama dalam tercetusnya Perang Dunia II. Ketika itu, Jepun telah menakluk beberapa negara di Asia dan melakukan kejahatan yang tidak berperikemanusiaan.

Sudah tidak terkira lagi berapa banyak kejahatan yang dibuat oleh Jepun ketika Perang Dunia II, seperti pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan, eksperimen dengan menggunakan manusia sebagai bahan percubaan, dan masih banyak lagi.

Dari banyak-banyak jenayah perang yang dilakukan Jepun, empat kejahatan ini yang dilakukan mereka jauh lebih kejam lagi dan ngeri sekali. Berikut ulasannya disiarkan Laicikang.com seperti dikutip dari The Richest.

1. Kanibalisme

Beberapa kem penjara Jepun sangat terpencil dan terletak di hutan belantara. Kerana jauh dari mana-mana dan tidak mempunyai makanan, banyak penjaga penjara yang kelaparan dan dengan kejam membunuh para tahanan kemudian memotong-motong tubuhnya untuk dimakan.

Hal itu dibuktikan dengan sebuah laporan yang diterbitkan oleh Universiti Melbourne. Begini kenyataannya:

“Salah satu kenyataan seorang leftenan Australia menjelaskan bagaimana beliau mencari sisa-sisa dari potongan tubuh, termasuk kepala yang sudah dikupas dan bahagian tulang belakang. Dalam beberapa kes, keadaan mayat sudah tidak ada rupa lagi sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa mayat tersebut sudah dipotong-potong dan bahagian dagingnya sudah dimasak. ”

2. Eksperimen Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Wanita Hamil

Nazi memang terkenal suka melakukan eksperimen-eksperimen sadis dengan manusia yang masih hidup sebagai bahan eksperimen tersebut. Jepun pun juga sama.

Di tempat yang disebut unit 731, tahanan perempuan yang sebahagian besar berasal dari China, dirogol dan dibuat hamil untuk jadi bahan percubaan. Kemudian ibu hamil akan dijangkiti dengan penyakit sifilis untuk bagi mengetahui apakah anak dalam kandungannya turut dijangkiti atau tidak.

Kaum ibu pula dibedah hidup-hidup dengan bayi masih di dalam untuk mempelajari kesan dari penyakit rahim. Tidak ada anestesi atau ubat bius yang digunakan. Mereka diperlakukan oleh Jepun dengan sangat tidak berperikemanusiaan.

3. Amputasi

Ketika tentera Jepun mengesyaki seseorang sebagai mata-mata, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyeksa orang tersebut. Seperti penduduk Filipina ini yang jadi mata-mata Amerika Syarikat dan Inggeris yang dikerat oleh tentera Jepun tapi dibiarkan tetap hidup.

Pertama, tentera Jepun akan memotong bahagian tangannya, mungkin seterusnya bahagian kaki lalu telinga. Untuk menghentikan pendarahan, tentera Jepun biasanya akan membakar tangan mangsa. Selepas selesai, mereka tetap dibiarkan hidup dan dipenjarakan untuk diseksa lebih lagi

4. Ditanam Hidup-Hidup

Tentera Jepun yang menghuni pulau-pulau kecil di kepulauan Solomon dan Mariana, di Pasifik Selatan, boleh dikatakan mereka sangat kejam dan sadis. Dilaporkan mereka pernah menanam hidup-hidup tentera Amerika. Dalam kes yang lebih mengerikan, tubuh mangsa dari hujung kaki hingga leher akan ditanam, manakala bahagian kepalanya saja yang dibiarkan tanpa ditanam. Mangsa tidak boleh berbuat apa-apa selain menunggu haiwan liar memakan kepalanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here