(Foto: aa.com.tr)

Kesatuan Arab dan Parlimen Arab pada hari Rabu mengecam keganasan dan pelanggaran terkini di Negeri Rakhine.

Parlimen Arab, dalam satu kenyataan bertulis, meminta tindakan antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Rohingya, dengan melakukan usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dan mengatasi masalah mereka.

Parlimen menggesa PBB, Persatuan Bangsa-bangsa Asia Tenggara (ASEAN), dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengambil tindakan segera.

Mereka juga menggesa para pelaku dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan dan secara sistematik melakukan pembersihan atas alasan etnik dan agama.

Secara berasingan, Kesatuan Arab mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkuasa Myanmar untuk bertanggungjawab dengan menyelidik pelanggaran dan membawa pelaku ke muka pengadilan atas tindakan mereka terhadap kaum Muslim Rohingya.

Walid Abdul Karim El Khereiji, Duta Besar Saudi ke Ankara, berkata negaranya sedang berusaha untuk menghentikan pelanggaran hak terhadap kaum Muslim Rohingya di Myanmar.

Walid Abdul Karim El Khereiji, Duta Besar Saudi ke Ankara bersama Presiden Erdogan (Foto: tccb.gov.tr)

Beliau berkata Arab Saudi telah mengambil langkah untuk menggerakkan pelanggaran itu ke platform antarabangsa dan PBB membuat keputusan kecaman segera sebagai hasil berhubung dengan Setiausaha Agung PBB.

Beliau menegaskan bahawa Arab Saudi secara aktif menggesa negara-negara Majlis Keselamatan PBB untuk meletakkan Rohingya dalam agenda.

“Kerajaan Arab Saudi, sebagai pemimpin dunia Islam, akan meneruskan usahanya dan berhubung untuk mencari jalan penyelesaian krisis di tingkat antarabangsa,” katanya memetik laporan Middle East Monitor (7/9/2017).

Menurut PBB, 123,600 Rohingya telah menyeberang ke Bangladesh sementara puluhan ribu orang lagi diusir dari rumah dalam keganasan terbaru.

Negeri Rakhine telah menyaksikan ketegangan antara penduduk Buddha dan Muslim sejak keganasan komunal tercetus pada tahun 2012.

Kemarahan orang ramai terhadap pembersihan etnik Rohingya Muslim semakin meningkat

Dalam tindakan keras yang dilancarkan Oktober lalu di Maungdaw di utara Rakhine, PBB mendakwa tentera Myanmar melakukan rogol dan pembunuhan – termasuk bayi dan kanak-kanak.

Laporan itu menjadi bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh pasukan keselamatan yang menunjukkan jenayah terhadap kemanusiaan.

Wakil Rohingya berkata kira-kira 400 orang terbunuh dalam tindakan keras itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan telah meningkatkan bilangan tenteranya di Maungdaw, dan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan di mana kerajaan mengatakan berpuluh-puluh orang terbunuh.

ARSA berkata serangan itu adalah tindak balas terhadap serbuan, pembunuhan, dan rampasan oleh tentera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here