(Foto: Thinkstock)

Tubuh manusia terbukti boleh menjadi tempat pembiakan bagi kuman dan parasit yang boleh mengakibatkan penyakit. Untuk mengelakkan risiko ini, anda boleh menghalangnya dengan cara yang mudah iaitu dengan menjaga kebersihan badan dan persekitaran anda.

Memetik Laicikang.com dari boldsky.com, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan bagi menjaga kesihatan tubuh anda.

1. Menutup mulut dengan tangan kosong apabila bersin atau batuk

(Foto: digitaljournal.com)

Apabila anda batuk atau selsema dan gatal-gatal hidung sehingga bersin, maka jangan tutup mulut dan hidung anda dengan kedua-dua tangan kosong. Ini supaya kuman tidak akan terkena pada muka, yang kesannya boleh menyebabkan kemerahan kulit atau akibat lain.

Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa membersihkan tangan selepas bersin untuk mengelakkan kuman atau virus dari penyakit yang anda alami tersebar kepada orang lain.

2. Suka mengigit kuku

(Foto: boldsky.com)

Plat kuku terdiri daripada serpihan yang ditimbun satu sama lain seperti jubin. Menggigit kuku cenderung boleh mengubah struktur kuku dan ia akan mula mengelupas dan pecah. Sekiranya kuku panjang, anda boleh menggunakan pemotong kuku untuk memendekkannya.

Satu lagi kesan buruk ialah kuku akan menjadi rapuh yang menjadikan anda terdedah kepada jangkitan.

3. Korek hidung sembarangan

(Foto: boldsky.com)

Mengorek hidung atau mengeluarkan kotoran dari hidung adalah satu perkara yang wajar dilakukan. Tetapi jangan melakukannya sewenang-wenangnya tanpa mencuci tangan sebelum dan selepas mengorek hidung. Ini kerana kuman yang berada pada jari akan menyebabkan jangkitan merebak ke dalam rongga hidung dan boleh menyebabkan ekzema.

4. Mandi dengan gel mandi

(Foto: boldsky.com)

Tujuan utama mandi madalah untuk membersihkan badan dari kotoran, bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit. Mandi dengan sabun boleh memaksimumkan proses pembersihan yang berlaku.

Tetapi tahukah anda bahawa mandi dengan gel mandi setiap hari berpotensi untuk merosakkan kulit? Ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya dapat mengikis lapisan luar perlindungan kulit. Apabila anda kerap menggunakan gel mandi, ia boleh menjadikan kulit anda kering yang boleh menyebabkan ekzema.

5. Menggunakan ubat gigi terlalu banyak

(Foto: boldsky.com)

Terlalu banyak ubat gigi pada berus gigi boleh membuatkan bulu berus gigi meluncur di atas gigi dan menyebabkan pembersihan yang betul tidak dapat dilakukan.

Penggunaan ubat gigi yang disyorkan untuk orang dewasa adalah lebih kurang saiz kacang dan untuk kanak-kanak ia adalah saiz beberapa butir beras.

Membersihkan tubuh badan adalah wajib bagi menjaga kesihatan tubuh anda. Ingat beberapa peraturan di atas agar badan dapat dibersihkan secara maksimum dengan cara yang betul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here