(Foto: iStock)

London – Walaupun intelligent quotient atau IQ bukan satu-satunya petunjuk untuk menentukan kecerdasan seseorang, ia tidak boleh dinafikan bahawa IQ tinggi masih tetap penting.

Tidak hairanlah, sesetengah sekolah ada yang mengadakan ujian IQ untuk mengukur kecerdasan pelajar mereka. Mereka yang mempunyai IQ tinggi dikategorikan sebagai pelajar pintar.

Tetapi menurut beberapa kajian, sebenarnya mengukur tahap IQ seseorang tidak perlu menjalani satu siri ujian. Ini kerana, ada beberapa ciri-ciri yang dapat menggambarkan tahap kecerdasan seseorang.

Walau bagaimanapun, beberapa ciri yang berkaitan dengan IQ seseorang tidak selalu baik. Malah sebahagian antaranya mungkin membuatkan dahi anda berkerut.

Seperti Laicikang.com petik dari Independent, Isnin (4/9/2017), 7 ciri-ciri berikut boleh didapati pada orang yang mempunyai IQ tinggi:

1. Penyendiri

(Foto: NickKoutoulas@deviantart)

Jika bercakap soal kebahagiaan, mungkin ada orang yang membayangkan bergurau dengan kawan-kawan. Walau bagaimanapun, bersosial sebenarnya membuatkan orang yang mengalami IQ tinggi menderita.

Menurut penyelidikan, jika seseorang yang ber-IQ tinggi bersosial, maka tahap kepuasan mereka dengan hidup semakin rendah.

2. Pandangan Politik Liberal

(Foto: alphatel.co)

Orang yang mempunyai pandangan politik liberal disyaki memiliki IQ yang lebih tinggi.

Ini kerana kepercayaan liberal cenderung untuk melawan naluri evolusi. Kekuatan ini menjadikan seseorang lebih cenderung untuk menghadapi perubahan.

3. Tidur lewat malam

(Foto: mbc.net)

Walaupun tidur lewat malam telah terbukti memberikan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan, satu kajian menunjukkan bahawa tabiat itu tidak terpakai bagi mereka yang mempunyai IQ tinggi.

Dalam kajian ini, orang yang mempunyai IQ tinggi cenderung tidur lewat malam dan bangun pada siangnya.

Malas Sehingga Mengalami Gangguan Mental

4. Pemalas

(Foto: thebullelephant.com/)

Penyelidikan baru-baru ini menyatakan jangan mudah menuduh orang malas tidak bekerja keras. Ini kerana, otak mereka bekerja keras.

Orang yang malas lebih suka berfikir. Sementara mereka yang tidak, lebih suka melakukan aktiviti fizikal.

5. Menggunakan Ubat-Ubatan Terlarang

(Foto: iahealth.net)

Menurut penyelidikan saintifik, mereka yang mempunyai IQ tinggi cenderung menggunakan ubat-ubatan terlarang. Ini kerana mereka lebih terbuka untuk pengalaman baru dan mudah bosan.

Walau bagaimanapun, ia lebih terpakai untuk kalangan wanita berbanding lelaki. Tetapi itu tidak bermakna semua pengguna ubat-ubatan terlarang adalah orang pintar.

6. Tidak Mempunyai Hubungan Romantik Ketika Remaja

(Foto: vicinito.com)

Stereotaip yang menyebut bahawa genius biasanya malang dalam percintaan, terbukti benar dalam satu kajian.

Saat rakan mereka sudah mempunyai kekasih, mereka sebaliknya. Mungkin ia didorong oleh sikap penyendiri orang yang mempunyai IQ tinggi.

7. Mengalami Gangguan Kesihatan Mental

(Foto: Guardian Liberty Voice)

Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai IQ tinggi, biasanya dikaitkan dengan gangguan kesihatan mental, salah satunya bipolar.

Menurut kajian lain, orang yang pintar juga biasanya lebih mudah gelisah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here