Kerala – Seekor ular beracun dijumpai sedang memangsa haiwan sejenisnya di ladang penternakan lembu di Kerala, India. Haiwan itu ditangkap kamera memuntahkan makanannya.

Dalam rakaman yang tersebar, seperti dipetik dari Daily Mail, Jumaat (1/9/2017), reptilia itu cuba menelan ular Green Vine atau Oxybelis Fulgidus yang jauh lebih besar berhampiran Kottiyoor Wildlife Sanctuary.

“Pekerja di ladang tenusu Nila yang melihat ular ketakutan, lalu menghubungi Jabatan Perhutanan untuk menyelamatkan reptilia itu. Setelah tiba di tempat itu, saya menemuinya sedang berlindung di semak-semak rimbun,” kata seorang sukarelawan penyelamat ular dari Jabatan Perhutanan di wilayah tersebut, Sujith Wayanad .

“Menggunakan sabit, saya membuat pembersihan kecil untuk melihat hujung ekor ular, dan menariknya keluar dengan ekornya.

“Saya kemudian melihat struktur tubuh ular melengkung, dan faham bahawa ia telah memakan ular bersaiz jauh lebih besar. Apabila mengukur panjang kedua-dua reptilia, didapati bahawa ular yang berwarna hijau sepanjang 140 cm, manakala jenis Indian Krait yang berbisa itu hanya 100 cm,” jelas Sujith .

“Ular jenis Indian Krait adalah spesies berbisa yang dijumpai di hutan, ular jenis Green Vine sedikit berbisa dan biasanya memakan katak dan cicak,” kata Sujith yang kemudian membebaskan reptilia Indian Krait di kawasan hutan berdekatan.

Tonton video di bawah ini:


Ular Makan Ular

Di Australia, fenomena ular yang memakan ular juga pernah dirakamkan dalam video yang kemudian tular.

Dua ular paling membunuh di Australia juga telah dirakamkan sedang bergelut dan saling menggigit. Reptilia coklat bersifat lebih kecil dan lebih agresif, manakala yang seekor lagi jenis Red-bellied Black yang begitu agresif.

Kejadian menakjubkan ular kanibal itu berlaku pada hari Sabtu 11 Februari 2017 di Myponga, Australia Selatan.

Sean Shaw yang memuat naik video itu berkata, dia melihat ular hitam berbintik-bintik hitam mengejar reptilia coklat di seberang jalan sebelum menyerang satu sama lain.

Dalam video yang dikongsi ke salah satu laman perkongsian video seperti dipetik dari Daily Mail pada 13 Februari 2017, ular kecil yang sangat berbisa itu berjuang mati-matian cuba membebaskan diri. Ia cuba menggigit pemangsa besar beberapa kali, tetapi gigitan itu sia-sia.

Reptilia kecil itu tidak dilepaskan dari rahang ular yang lebih besar, walaupun seluruh tubuhnya menggeliat ke sana dan ke sini.

Perjuangan itu dilihat berlangsung selama dua minit. Tidak lama kemudian dilihat ular coklat berada dalam kedudukan ditelan oleh pemangsa yang lebih besar.

Shaw memberitahu The Advertiser bahawa pertempuran sengit dua ekor ular itu berlangsung sekitar 30 minit. Sebelum ia menjadi hidangan oleh seekor lagi ular.

“Ketika kami pergi, ular coklat itu berada dalam kedudukan setengah badan ditelan dalam rahang ular besar!.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here