(Foto: Reuters)

Satu gempa bumi menggegarkan wilayah utara negara haram Israel ketika bekas Perdana Menteri Ariel Sharon mahu dikebumikan di selatan Israel.

Ketika orang-orang kenamaan dari seluruh dunia memberi penghormatan terakhir kepada salah sorang daripada pemimpin pengasas negara haram Israel, penduduk di utara Galilee mengatakan mereka merasakan gempa bumi pada tengah hari itu.

Mengesahkan kejadian tersebut, Israel Geophysical Institute melaporkan gempa bumi memang berlaku dengan kekuatan 3.5 skala Richter.

Itulah kejadian buruk yang berlaku pada hari pengebumian bekas pemimpin Israel itu.

Pernah bersumpah tidak mahu biarkan bayi Palestin hidup

(Foto:hangthebankers.com)

“Saya bersumpah, saya akan bakar semua bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”

Itulah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956, namun pada saat beliau dikebumikan, Utara Israel bergegar. Sehingga ke hari ini, rakyat Palestin ditindas. Roket-roket ditujukan ke penempatan padat penduduk palestin.

Pemimpin Yahudi yang dipanggil sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma setelah diserang penyakit angin ahmar dan pendarahan otak pada 4 januari ketika berkempen untuk partinya bagi pilihan raya umum di Israel sebelum meninggal dunia pada 11 Januari 2014.

Arah kumpulan tentera kristian Lebanon bunuh pelarian Palestin

(Foto: id.wikipedia.org)

Sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006, Sharon merupakan menteri pertahanan dan bertanggungjawap terhadap kekejamannya yang dikecam oleh masyarakat antarabangsa berikutan pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di Beirut, Lebanon.

Pada waktu itu, tentera Israel menyerbu sebahagian Lebanon bagi menghalau pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Berdasarkan beberapa sumber Palestin, antara 3000 hingga 3500 orang termasuk wanita hamil, bayi dan kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan dalam insiden pembunuhan beramai-ramai itu.

Beribu-ribu pelarian yang tidak bersenjata dilaporkan diseksa dan dirogol dalam keganasan itu yang terjadi selama tiga hari pada 16 September 1986.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here