(Foto: Getty Images)

Salah satu binatang kecil yang boleh mengganggu rumah kita adalah anai-anai. Selain mengganggu, haiwan ini juga boleh jadi sangat berbahaya kerana akan memakan kayu di rumah kita, bermula dari almari, pintu, katil, hingga tiang kayu rumah.

Jika lambat bertindak maka akan lebih banyak perabot di rumah yang akan dirosakkan anai-anai. Bukan hanya itu saja, keselamatan keluarga anda juga boleh terancam andai tiang kayu rumah reput dan akhirnya roboh dimamah anai-anai.

Jadi kali ini laicikang.com akan berkongsi petua bagaimana untuk mengatasi masalah anai-anai di rumah anda.

1. Air kapur sirih

Air kapur sirih memang popular untuk menyelesaikan masalah serangga, salah satunya adalah anai-anai. Anai-anai sangat tidak menggemari kapur sirih yang mempunyai sifat yang panas bagi tubuh mereka. Oleh itu, siramkanlah air kapur sirih ini ke tempat di mana anai-anai berada. Air ini juga boleh diletakkan ke bekas penyembur untuk memudahkan anda menggunakannya.

2. Air tembakau

Rendam tembakau dalam air selama satu malam. Penyerapan ini bertujuan untuk mengeluarkan sari yang ada di dalam tembakau tersebut. Setelah siap, boleh siram atau semburkan air tersebut ke sarang anai-anai.

3. Garam

Masalah anai-anai juga boleh diatasi dengan cukup cukup mudah dengan menggunakan garam dapur. Cukup taburkan garam di sekitar sarang anai-anai, maka serangga kecil itu pun akan terus menghindarinya. Supaya lebih berkesan, anda juga boleh mencampurkannya dengan air tembakau dan kemudian semburkan ke lubang-lubang yang menjadi tempat persembunyian.

4. Minyak tanah

Hampir semua serangga takut pada minyak tanah, tidak terkecuali anai-anai kayu ini. Untuk menghalang anai-anai anda hanya perlu menyiram atau menyembur kawasan yang menjadi sarang anai-anai tersebut. Tidak perlu menunggu lama, anai-anai tersebut akan terus pecut keluar.

5. Jemur kayu / perabot kayu

Oleh kerana anai-anai sangat suka di tempat yang lembab, dingin dan terlindung, maka meletakkannya di tempat yang panas akan menjadi boleh menyebabkannya sakit. Jadi jika ada perabot rumah anda yang dihuni oleh anai-anai, jemurlah perabot tersebut di bawah sinar matahari. Lakukanlah penjemuran ini secara rutin hingga anai-anai lari dari tempat tersebut.

6. Air Basuhan Beras


Air basuhan beras sering dipandang remeh padahal mempunyai kelebihan yang sangat besar. Betul, air itu ternyata boleh mengusir anai-anai dari sarangnya. Caranya juga agak senang kerana anda hanya perlu menyemburkan air basuhan beras tersebut di sekeliling tempat diduduki anai-anai sahaja.


Jika rumah sudah tbebas dari anai-anai, maka rumah kita akan jadi lebih bersih dan selesa. Anda juga tidak perlu mengeluarkan kos banyak untuk menukar perabot yang rosak ataupun memperbaiki tiang kayu rumah anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here