Sebagai seorang muslim, sudah pasti kita semua mengetahui bahawa Ramadhan ialah bulan yang sangat diberkati berbanding bulan lain. Allah menjanjikan pengampunan dan juga melipat gandakan pahala bagi orang yang melaksanakan ajaran Islam dalam bulan rahmat ini. Jadi, tidak hairan andai masjid tiba-tiba penuh ketika ketibaan bulan Ramadhan.

Ramai orang yang beranggapan jika orang yang meninggal dunia di bulan Ramadan akan terus masuk syurga, bebas dari azab kubur, juga dinilai khusnul khotimah. Benarkan demikian? Ia tidak benar sama sekali. Untuk penjelasan lanjut mengenai kematian di bulan Ramadhan, berikut sedikit ulasannya.

1. Meninggal dunia di bulan Ramadhan pasti khusnul khotimah? 

Kita sudah sedia ketahui bahawa sebab yang membuat seseorang masuk syurga adalah amal ibadah dan rahmat Allah. Sedangkan masa dan tempat yang mulia tidak menjadikan seseorang itu mulia. Imam Malik pernah meriwayatkan, bahawa bulan Ramadhan sebenarnya tidak menyucikan seseorang, tetapi yang menyucikan seseorang adalah amal ibadatnya.


Contohnya, apabila seorang meninggal dunia ketika sedang melakukan maksiat di bulan Ramadhan. Adakah dia dikategorikan meninggal dunia dalam khusnul khotimah? Begitu juga sebaliknya, orang-orang soleh juga banyak yang meninggal dunia di luar bulan Ramadhan. Perkara khusnul khotimah bukan perkara yang boleh diperolehi dengan senang. Perlu sentiasa istiqomah melakukan kebaikan untuk mendapatkannya.

2. Meninggal dunia di bulan Ramadan berbeza dengan meninggal dunia ketika berpuasa

Meninggal dunia di bulan Ramadhan dengan meninggal dunia saat sedang berpuasa sudah tentu berbeza. Di mana terletak kelainannya? Sudah pasti pada amal yang dikerjakan. Ketika seorang hamba meninggal dunia saat sedang berpuasa, sudah pasti dia meninggal dunia ketika melakukan amal soleh.

Itu yang disebut dengan meninggal dunia dalam keadaan khusnul khotimah. Rasulullah SAW juga pernah menjelaskan bahawa seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan berpuasa dengan ikhlas, pasti akan dimasukkan dalam syurga.

3. Meninggal dunia di bulan Ramadhan, dijamin bebas azab kubur? Wallahu a’lam

Meninggal dunia di bulan Ramadhan, tidak terdapat dalil tertentu yang memberikan jaminan khusus. Jadi, bagaimana nasib si mati yang meninggal dunia semasa bulan Ramadhan hanya Allah sahaja yang tahu.

4. Meninggal dunia di bulan Ramadhan, terus masuk syurga?


Bulan Ramadhan bulan mulia. Ramai juga orang yang beranggapan bahawa meninggal 
dunia di bulan tersebut akan terus masuk syurga. Benarkah demikian? Sebenarnya, orang-orang yang boleh terus masuk syurga tanpa hisap adalah anak-anak kecil tanpa dosa, para Rasul, Nabi dan para syuhada. Kita sebagai insan biasa, hanya boleh berusaha untuk memperberat timbangan amal kita.

Itulah fakta tentang meninggal dunia di bulan Ramadhan yang biasa sekali disebarkan. Tentu semua menginginkan syurga, ingin bebas dari azab kubur, dan mengharapkan mati dalam khusnul khotimah. Namun, hal-hal seperti ini mustahil diperolehi secara serta-merta. Bila-bila masa ajal boleh menjemput, sebagai manusia kita hanya boleh berusaha melakukan amal ibadah sebaik dan sebanyak mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here