(Foto: Reuters)

Arab Saudi dan beberapa negara Timur Tengah lain telah melakukan sekatan terhadap Qatar, kerana menganggap Qatar membantu pengganas.

Kesan daripada tindakan pengasingan tersebut, agensi Standard & Poor’s menurunkan status hutang Qatar kerana kejatuhan matawang Riyal Qatar yang paling rendah sejak 11 tahun.


Namun, Qatar bukan menjadi satu-satunya negara yang mengalami kerugian dalam pertelingkahan yang berlaku antara Qatar dan tujuh negara Timur Tengah lain.

Menteri Kewangan Qatar, Ali Shareef Al Emadi berkata, perubahan ekonomi bukan hanya memberi kesan kepada Qatar sahaja.


“Ramai orang fikir hanya kami yang kehilangan dalam hal ini. Jika kami kehilangan satu dolar, mereka akan kehilangan satu dolar juga,” katanya merujuk kepada negara-negara Majlis Kerjasama Teluk seperti dipetik dari CNBC, Isnin (12/6/2017).

Keretakan politik tersebut sangat merugikan, kerana ia membuatkan pelabur rasa tidak selesa.

Arab Saudi, Bahrain, UAE, dan Mesir merupakan beberapa nengara yang memutuskan hubungan dengan Qatar minggu lalu kerana menuduh Qatar menyokong keganasan.

Keputusan Riyadh yang menutup satu-satunya jalan darat yang menghubungkan Doha melalui sempadan Arab Saudi baru-baru ini menyebabkan Qatar terpaksa bergantung kepada pengangkutan udara dan laut.

Ini kerana Qatar bergantung pada negara jiran teluk lain untuk mendapatkan makanan import yang digunakan untuk memberi makan 2.5 juta penduduknya, yang sebahagian besarnya adalah orang asing. Ditambah lagi, ada laporan mengatakan berlaku pembelian besar-besaran di pasar raya kerana panik bimbangkan kekurangan makanan selama sebulan suci Ramadan.

Sebelum ini, Doha mengimport makanan dan barang lain dari negara sejauh Brazil dan Australia. Jadi, kerajaan akan meneruskannya, katanya. Sama ada Turki, Timur jauh, atau Eropah, Doha akan memastikan bahawa ia mempunyai rakan kongsi yang cukup untuk menyelesaikan sesuatu, katanya.

Namun, Menteri itu yang juga Presiden Lembaga Eksekutif Qatar Airways, menyingkirkan kebimbangan mengenai krisis pasaran kewangan setelah indeks saham Doha jatuh 7.1% minggu lalu, manakala Rial Qatar telah jatuh berbanding dolar AS kerana kebimbangan arus keluar modal.

“Rizab kami dan dana pelaburan adalah lebih daripada 250
% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), jadi saya tidak fikir ada apa-apa sebab orang perlu bimbang tentang apa yang berlaku atau apa-apa spekulasi mengenai riyal Qatar.”

“Kami sangat selesa dengan kedudukan, pelaburan dan kecairan di sistem kami,” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here