Presiden Somalia (Foto: AMISOM Public Information/Flickr)

Seorang menteri negara Teluk dilaporkan media tempatan arab cuba membayar Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi “Farmajo” Mohamed, dengan wang sebanyak $80 juta untuk turut serta dalam memboikot Qatar, di tengah krisis yang sedang berlaku yang telah menyebabkan sekatan habis-habisan, sumber memberitahu The New Arab.

Menteri Teluk Arab tanpa disebut nama telah cuba merasuah presiden Somalia dengan sejumlah wang besar sejumlah untuk memutuskan hubungan dengan Qatar, dan untuk membantu memudahkan sekatan terhadap negara Teluk kecil tersebut, menurut Jaber al-Harmi, wartawan dan bekas Ketua Pengarang akhbar Qatar Al -Sharq.

“Menteri itu telah sampai ke tahap cuba untuk memberi tekanan Farmaajo melalui bantuan sebuah lagi negara Afrika,” al-Harmi kepada The New Arab pada Isnin (12/6/2017).

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Qatar, Sultan Bin Saad al-Muraikhi tiba di Mogadishu pada hari ahad, di mana beliau bertemu dengan Farmaajo untuk membincangkan masalah yang meningkat di wilayah tersebut.

Mogadishu menolak untuk bersama dengan UAE, Bahrain dan Arab Saudi dalam serangan diplomatik mereka terhadap Doha, walaupun menerima tekanan dari kubu anti-Qatar.

Seorang pegawai Somalia pula berkata beliau fikir bahawa Somalia tidak akan meyokong mana-mana pihak melawan kerajaan Qatar kerana Somalia ingin melihat kesatuan dalam dunia Islam.

Jurucakap dan atase kebudayaan di kedutaan Somalia di Pretoria, Abdi Halane Hirsi, menafikan laporan media mengatakan Arab Saudi telah menyekat bantuan $ 50 juta untuk Tanduk Afrika sehingga Somalia memutuskan hubungan dengan Qatar.

Dalam tindak balas Somalia yang dilihat seolah-olah berkecuali, UAE membalas dengan menghalang qari dari Somalia, Ismail Madar, dari pertandingan Quran Antarabangsa Dubai pada hari Isnin.


Qari tersebut dianggap sebagai kegemaran di antara para pesaing, dengan ramai orang di Somalia mengharapkan dia untuk menang.

Riyadh membuat pengumuman melalui televisyen kerajaan bahawa Qatar tidak lagi mengambil bahagian dalam gabungan yang dipimpin Saudi di Yaman, mendakwa bahawa Doha telah membantu menyokong pemberontak Syiah Houthi, walaupun tentera Qatar mati dalam perang melawan mereka.

Doha membantah keras tuduhan tersebut, mengatakan keputusan untuk memutuskan hubungan telah dirancang sebelum ini dan berdasarkan pada “tuntutan palsu”.

Sementara itu, Kuwait telah memimpin usaha untuk mendamaikan antara pihak-pihak yang bersengketa dalam perselisihan yang meningkat itu dengan sekatan udara, darat dan laut Qatar.

Pada hari Isnin, Menteri Luar Negeri Kuwait, Sheikh Sabah al-Khalid al-Sabah berkata bahawa Qatar bersedia untuk mengadakan dialog dengan negara-negara Teluk Arab yang memutuskan hubungan dengan negara tersebut.

Sumber: Anadolu AgencyArab New, Morocco World News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here