Foto Hiasan (Getty Images)

Setiap negara pasti mempunyai hidangan khas tersendiri ketika berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Bermula dari China, Turki, Iraq, Iran, hingga Maghribi. Semuanya mempunyai keunikan tersendiri.

1. Beginilah santapan berbuka sebuah keluarga di Kabul, Afghanistan. Terdiri daripada bolani, roti goreng dengan isi kentang dan bawang yang disajikan bersama yogurt tawar sebagai cicahan; roti tempayan ala Afghanistan, buah zaitun, teh, dan sayur-sayuran.


2. Manakala keluarga di Iraq menyiapkan hidangan berbuka berupa hummus, sos pekat dari kacang; dolma, sayur-sayuran yang diisi daging dan pilaf, nasi berempah khas Timur Tengah. Yang paling khas adalah jus aprikot, minuman segar yang popular di negara tersebut.

3. Muslim di Beijing menyiapkan makanan China biasa-biasa sahaja yang berupa tembikai dan kuih bulan, walaupun negara tersebut juga mempunyai masakan halal tradisional dari suku Uyghur dan Hui.

4. Menu berbuka puasa sebuah keluarga di Jakarta, Indonesia berupa mi goreng dan aneka jenis cocktail. Mulai dari air buah, ubi goreng, popiah, martabak, lepet.

5. Keluarga di Iran lebih biasa dengan hidangan khas Parsi untuk berbuka. Antara lain sup pekat khas Iran, buah zaitun, kurma, pastri goreng, zoolbia bamieh , roti sheermal, dan sayur-sayuran segar.


6. Keluarga muslim di Turki ini memilih hidangan yang sangat sederhana dan kaya akan serat untuk berbuka. Terdiri daripada buah zaitun, kurma, salad timun dan lada, salad serta roti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here