(Foto: sustg.com)

RIYADH – Pemerintah Kerajaan Arab Saudi menolak tawaran dari Turki untuk membina sebuah pangkalan tentera di wilayah kerajaan tersebut. Tawaran dari Ankara itu sebelum ini disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud.

Penolakan itu dilaporkan di pejabat berita SPA pada hari Sabtu (17/6/2017). Menurut laporan tersebut, Kerajaan Saudi tidak akan menerima sebuah pangkalan tentera Turki yang sama dengan yang dibina di negara jirannya, Qatar.

“Arab Saudi “tidak perlu perkara itu,” ssambil menambah bahawa angkatan tentera dan keupayaan ketenteraan adalah “pada standard yang terbaik” tulis media kerajaan tersebut.

SPA, memetik seorang pegawai Saudi yang tidak disebutkan namanya, mengatakan, “Kerajaan Arab Saudi tidak boleh membenarkan Turki untuk menubuhkan sebuah pangkalan tentera di wilayahnya,”

Pegawai itu berkata angkatan tentera Arab Saudi telah mengambil bahagian di luar negara, termasuk di pangkalan tentera Incirlik, Turki. Pasukan Saudi di Incirlik turut serta dalam perang melawan keganasan dan perlindungan keselamatan serta kestabilan di kawasan rantau itu.


Laporan media kerajaan Saudi ini muncul beberapa hari selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah menawarkan diri untuk membina sebuah pangkalan tentera di Arab Saudi selepas Turki membina kemudahan ketenteraan di Qatar pada tahun 2014.

“Saya mengemukakan tawaran yang sama kepada Raja Salman dan (saya) mengatakan bahawa jika sesuai, kami juga boleh mendirikan sebuah pangkalan di Arab Saudi. Mereka (Saudi) mengatakan bahawa mereka akan mempertimbangkannya tetapi sejak hari itu tidak ada (jawapan) yang datang lagi, ” kata Erdogan.

Minggu lalu, parlimen Turki meluluskan sebuah undang-undang yang membolehkan pengerahan pasukan ke pangkalan tentera di Qatar.

Turki selama seminggu ini telah memimpin usaha untuk meredakan “perang diplomatik” di Teluk selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun 2017.

Empat negara itu menuduh Doha menyokong keganasan dan musuh utama mereka, Iran. Namun, Qatar membantah dan menganggap tuduhan itu tidak berasas.

Menteri Luar Negeri Turki Mevlut Cavusoglu pada hari Sabtu mengulangi perlunya menyelesaikan krisis secepat mungkin dan menggesa negara-negara yang menuduh Qatar menyokong keganasan untuk segera memberikan bukti.

Cavusoglu mengatakan bahawa hingga saat ini, empat negara Arab yang menuduh Qatar menyokong keganasan belum menyerahkan dokumen atau bukti kepada sesiapa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here