(Foto: muslimcouncil.org.hk)

Kita hanya beberapa hari lagi dari perjalanan yang paling ditunggu-tunggu bagi umat Islam untuk memulakan sekali lagi ibadah haji.

Sama seperti Ramadhan, ibadah haji Islam pada hari ke-10 Zulhijjah ini membawa umat Islam menjadi lebih murah hati, lebih mengampuni dan penuh belas kasihan, semuanya dengan harapan memperoleh keredhaan Allah.

Seorang Muslim British berusia 37 tahun, Abu Zubair Abdul Razzaque, cuba melakukan perkara itu, dalam usaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Abu Zubair menyebarkan satu mesej melalui kumpulan whatsapp untuk memberikan tumpangan percuma kepada hujjaj, orang yang pergi untuk menunaikan haji, dari London Timur ke Lapangan Terbang Heathrow, ia menjadi tular kerana orang ramai rasa tersentuh dengan usaha baikknya.

(Foto: muslimcouncil.org.hk)

Seperti disiarkan Laicikang.com memetik laporan Muslim Council of Hong Kong yang menghubungi Abu Zubair untuk mengetahui tentang apa yang membuatnya melakukan perbuatan manis ini, ini jawapannya yang sangat menyentuh hati.

1) Jadi, benarkah anda akan mengambil hujjaj secara percuma?

“Ya, saya menggunakan kereta keluarga saya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan bagi perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow.

“Saya adalah alat sokongan kepada tetamu Ar-rahman, satu penghormatan. ”

2) Apa yang membuat anda terfikir tentang tindakan ini dan adakah anda telah melakukannya sebelum ini?

“Saya tidak melakukan tindakan ini sebelum ini. Demi Allah saya ingin pergi ke haji dan saya telah berdoa kepada Allah tetapi kerana sedikit masalah (kewangan dan peribadi) saya tidak dapat dan saya menangis kepada Allah.

“Oleh itu, saya fikir mengapa tidak menolong mereka yang telah diterima oleh Allah Azza wa Jalla sebagai tetamu-Nya. ”

Abu Zubair berpindah ke UK ketika dia berusia 6 bulan (Foto: muslimcouncil.org.hk)

3) Kenapa anda mahu melakukan ini?

“Saya berfikir sendiri jika saya tidak dapat pergi dan berdiri di dataran Arafah dan meminta Allah mengampunkan saya dan membantu saya dengan kesukaran yang saya hadapi pada masa kini, maka biarlah saya membantu tetamu Ar-Rahman dan minta mereka berdoa untuk saya dengan menyebut nama saya kepada Allah S.W.T. di dataran Arafah.”

(Foto: Getty Images)

4) Adakah anda mengambil mana-mana (penumpang) lagi?

“Alhamdulilah (servis) saya telah ditempah sepenuhnya untuk minggu ini.”

5) Apakah mesej anda kepada mereka yang sedang mengerjakan Haji tahun ini In Sha Allah?

“Tolong berdoa untuk seluruh umat manusia untuk kedamaian. Dan buat doa khusus untuk umat Islam di seluruh dunia.

“Akhir sekali tolong tolong berdoa untuk Abu Zubair.”

Subhan’Allah, melihat cara lelaki Muslim ini memudahkan orang lain untuk menunaikan haji di saat dia tidak berkesempatan menunaikan haji sendiri sepatutnya membuatkan kita malu. Apa yang kita lakukan untuk mencari pengampunan Allah? Bagaimana kita akan berdiri di hadapan Allah bukan hanya di Padang Arafah, tetapi pada Hari Kiamat nanti?

Semoga Allah memberi ganjaran kepada usaha mulia saudara Muslim kita ini kerana sikapnya yang baik dan menjadikan inspirasi supaya kita berlumba untuk sama-sama memperoleh rahmat dan pengampunan Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here