Beratus-ratus ikan naik ke darat (foto: dailystar.co.uk)


Sebuah rakaman video misteri yang menunjukkan beratus-ratus ikan dari sungai tiba-tiba meloncat ke darat jadi viral di media sosial China. Ramai netizen yang menyangka bahawa kejadian ini merupakan petanda akan berlakunya bencana alam.

Dipetik Daily Star, video ini dilaporkan diambil di sebuah sungai di Kabupaten Bo’ai di Jiaozuo, Wilayah Henan, China beberapa hari yang lalu. Saksi yang merakam kejadian aneh ini hanya mampu terdiam menyaksikan beratus-ratus ikan meloncat-loncat keluar dari dalam sungai ke darat.

Tidak ada yang tahu secara pasti bagaimana fenomena seperti ini boleh terjadi. Namun menurut netizen, kejadian itu mungkin saja menjadi tanda bencana besar seperti gempa bumi atau banjir yang akan berlaku dalam masa terdekat

Namun anggapan itu dinafikan oleh pihak berkuasa. Mereka mengatakan bahawa insiden ini berlaku akibat daripada kebocoran elektrik yang membuatkan ikan-ikan tersebut meloncat dari dalam air untuk menyelamatkan diri.

Perilaku aneh haiwan memang sering dianggap sebagai petanda akan datangnya bencana. Jadi sebab itulah apa yang terjadi di sungai itu memberi tanggapan orang ramai sebagai petanda bencana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here