Kemarahan rakyat Indonesia atas insiden bendera terbalik dalam buku panduan SEA Games 2017 hingga kini masih berlaku.

Pelbagai ungkapan kemarahan dan kekecewaan telah disuarakan melalui media sosial. Mulai dari memuat naik foto, serta perkataan-perkataan provokasi dilontarkan kerana tidak terima kesilapan Malaysia terhadap Indonesia.

Belum lagi reda kemarahan atas insiden bendera terbalik, rakyat Indonesia kembali menjadi marah dengan kejadian pengadil Singapura yang membatalkan empat servis yang dilakukan tekong dari skuad sepak takraw wanita negara itu. Ia terus mencetuskan dan menimbulkan kemarahan orang Indonesia.

Bagaimanapun, walaupun keadaan masih panas, masih ada pihak yang mahu hubungan antara Indonesia dan Malaysia kekal baik.

Baru-baru ini, sebuah video telah dimuat naik ke akaun Instagram @Thenewbikingtargetan. Video itu menjadikan suasana yang panas menjadi sedikit sejuk.


Dalam video itu, dapat dilihat anggaran kira-kira 20 orang penyokong Indonesia bersama-sama petugas Malaysia berkumpul dan melaungkan bersama dengan penuh semangat ‘Malaysia-Indonesia bersaudara! Penyokong Indonesia dengan pakaian merah, dan penyokong Malaysia dengan pakaian mereka.

Sebahagian daripada mereka juga membawa sepanduk yang tertulis perkataan keamanan. Seperti “Indonesia #kita serumpun,” dan “SALAM DAMAI,” serta “Malaysia Cinta Indonesia”. Mereka juga membawa bendera kebesaran negara masing-masing.

Terdengar sorakan yang kuat ketika mereka berkumpul. Kemudian ada seseorang yang berdiri di depan dan memberi arahan kepada penyokong. Mereka kemudiannya melaungkan “Malaysia Indonesia Brothers”.

“Beberapa hari lalu Indonesia menjadi panas dengan bendera Indonesia dalam buku panduan SeaGames 2017. Serta beberapa acara sukan yang menunjukkan ada penipuan oleh pengadil dan tuan rumah. Yang membuatkan rakyat Indonesia marah dengan berita itu.

“Dan siang tadi beberapa penyokong dari Malaysia membuat aksi damai dengan mengajak penyokong Indonesia di depan stadium.

“Semoga perkara ini menjadikan kedua-dua negara lebih baik, damai itu indah,” tulisnya di keterangan video yang dimuat naik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here