Kewujudan ular besar dari keluarga Anaconda di Amazon tidak lagi menjadi rahsia. Di dalam hutan Amazon terdapat banyak raksasa anaconda yang rata-rata mempunyai panjang badan sehingga 10 meter.

Tetapi tahukah anda mengenai legenda lama tentang kewujudan anaconda yang tinggal di Amazon yang kononnya mencapai 40 meter panjang? Anaconda tersebut dikenali dengan nama Sucuriju Gigante yang kononnya mempunyai panjang sehingga 40 meter dengan diameter 80 cm dan berat 5 ton.

Menurut suku asli Amazon, Sucuriju Gigante dipercayai “pencipta Sungai Amazon” di mana ular itu selalu meninggalkan jejak lumpur setiap kali ia keluar ketika hujan lebat. Walaupun hanya dianggap kisah dongeng, nampaknya ada beberapa orang yang mendakwa telah melihat keuwjudan Sucuriju Gigante.

Ketika tentera Sepanyol menjelajah hutan tropika di Amerika Selatan, lebih tepatnya di kawasan hutan Amazon, mereka pulang dengan cerita yang mengerikan. Mereka memberitahu melihat ular besar yang mereka panggil Matora atau pemakan lembu. Panjang ular tersebut dilaporkan mencapai 80 meter.

Kemudian pada tahun 1925, Paderi Victor Heinz mendakwa melihat ular anaconda besar di Sungai Amazon yang mencapai 80 kaki atau kira-kira 24 meter panjang dan tubuhnya adalah seperti tebal drum.

Akhbar Diario juga menerbitkan artikel berjudul “Anaconda seberat 5 tan” yang diterbitkan pada 24 Januari 1948.

Dalam artikel itu, dijelaskan bahawa anaconda yang dinyatakan itu ditangkap oleh bangsa India ketika ia tertidur setelah makan seekor lembu. Panjang anaconda dikatakan mencapai 131 kaki atau 40 meter.

Empat bulan kemudian, sebuah akhbar dari Rio juga menerbitkan foto anaconda 115 kaki (35 meter) yang dihadapi sekumpulan tentera.

Menurut pakar, Sucuriju Gigante dipercayai berasal dari ular prasejarah, iaitu Gigantophis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here