(Foto: arabianbusiness.com)

Emir Qatar mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Saudi yang baru dilantik Mohammed bin Salman pada hari Rabu. Kenyataan itu disampaikan walaupun Riyadh dan beberapa negara Arab lain menghentikan hubungan dengan Qatar kerana didakwa menyokong keganasan.

Media negara Teluk yang kaya dengan minyak itu berkata Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani telah menghantar satu ucapan tahniah kepada pimpinan Saudi.

Mesej itu dihantar kepada Raja Salman “pada kesempatan pemilihan keturunan diraja Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud sebagai Putera Mahkota,” kata Agensi Berita Qatar.

Kenyataan itu juga menyatakan harapan “hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara bersaudara” supaya dapat ditingkatkan.

Mesej tahniah itu juga disiarkan di media sosial.“Yang Terhormat Sheikh Tamim berharap Putera Mohammed bin Salman berjaya bagi kebaikan Kerajaan Arab sekaligus penjaga bagi dua masjid suci umat Islam,” kata Tamim dalam mesejnya kepada Putera Mohammed bin Salman, Rabu, (21/6).


(Foto: Wikipedia.org)

Perdana Menteri Britain Theresa May juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan Putera Mohammed bin Salman yang menjadi putera mahkota. Sementara Iran yang merupakan musuh Saudi menyebut pelantikan Mohammed bin Salman sebagai rampasan kuasa kecil.

Iran yang kebanyakan masyarakatnya Syiah dan Saudi yang kebanyakan Sunni bersaing untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh yang terbesar di Timur Tengah. Dua negara tersebut menyokong pihak yang berlawanan dalam konflik di Syria dan Yaman.

Para pemerhati berkata, pelantikan Putera Mohammed bin Salman menjadi putera mahkota menyebabkan terjadinya pergeseran dalam keluarga kerajaan. Ini juga membuat dasar Saudi lebih sukar diramalkan berbanding beberapa dekad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here