(Foto: Free Malaysia Today)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin pada Sabtu (19 Ogos) memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan bendera Indonesia dalam brosur pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dalam buku kecil itu, bendera Indonesia dicetak terbalik. Beliau berkata kesilapan itu sememangnya tidak disengajakan.

“Bapak Imam, saya minta maaf atas kesilapan ini. Sesungguhnya tiada niat jahat,” katanya dalam akaun Twitternya sebagai tindak balas kepada tweet dari Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia,¬† Imam Nahrawi mengenai perkara itu.

“Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf.”

Netizens menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai kejadian itu, dengan hashtag #ShameOnYouMalaysia di Twitter, namun tidak kurang juga daripada rakyat Indonesia sendiri yang berlapang dada memaafkan kesilapan ini.

“Kami pasti akan membantah,” kata Nahrawi kepada agensi berita Indonesia Antara pada Sabtu. “Kami juga menunggu permintaan maaf secara langsung daripada kerajaan Malaysia. Bagaimana majlis yang besar dan istimewa ini boleh dikotori dengan ini?”

“Ini benar-benar sangat cuai dan kami sangat kecewa,” katanya dalam laporan oleh portal berita Indonesia Detik.com.

“Ini telah melukai kita sebagai sebuah negara yang hebat. Ia tidak sepatutnya dibenarkan berlaku lagi, terutama kerana ini adalah majlis yang sangat terbuka, disaksikan oleh berjuta-juta mata, sudah tentu kita kesali kejadian ini.”

Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Gatot S Dewa Broto memberitahu media Indonesia bahawa “setiap negara tuan rumah perlu sensitif terhadap simbol negara, kerana ada peraturan konvensyen antarabangsa mengenainya.”

Beliau berkata Malaysia sepatutnya sensitif kerana bukan kali pertama ia menganjurkan acara sukan antarabangsa.

Beliau juga menasihatkan para atlet Indonesia yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA untuk tidak termakan provokasi oleh insiden tersebut dan memberi tumpuan kepada persembahan mereka.

Bendera Indonesia terbalik (Foto: Twitter/@imam_nahrawi)

Sementara itu, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), dalam satu kenyataan, meminta maaf kepada semua rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan.

Kata Khairy, yang juga pengerusi MASOC, akan menghubungi Imam Nahrawi pada hari Ahad untuk memohon maaf bagi pihak jawatankuasa itu.

“Kami benar-benar menyesali kesilapan ini dan kami berharap hubungan rapat antara kedua-dua negara akan dipertingkatkan lagi dalam semangat Sukan SEA,” kata kenyataan itu seperti dipetik dari channelnewsasia.com (20/8/16).

1 COMMENT

  1. Silap tukang design yg buat kerja tu, apa2 pun kalau buat keje semput masa begini la jadinya, tk smpat nk semak. Org pggil keje last minit utk acara yg besar. Apa2 pun tukang design ni kena mohon maaf kt kj pulak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here