Di tengah padang pasir Australia, ada beberapa lubang yang menarik perhatian ramai. Pada umumnya jika difikirkan memang tidak ada apa-apa di padang pasir tandus, tetapi jika anda melihat apa yang ada dalam lubang ini, anda akan menemui sebuah bandar bawah tanah yang indah.

Pintu masuk ke Coober Peddy (Foto: Daily Star)

Tidak jauh dari lubang-lubang tersebut, ada pintu masuk ke Coober Pedy, sebuah bandar yang terletak jauh di pedalaman Australia Selatan. Rangkaian bandar ini membentang beberapa batu di bawah tanah yang terdiri daripada terowong dan beberapa rumah.

Manusia telah tinggal di bawah padang pasir ini selama lebih dari 100 tahun (Foto: Daily Star)

Selain itu, di bandar ini terdapat juga lima gereja, beberapa restoran dan bilik hotel yang disediakan khas untuk orang yang ingin tinggal di bandar bawah tanah ini.

Salah satunya adalah Desert Cave Hotel yang menawarkan penginapan padang pasir bawah tanah yang unik. Bilik-bilik di hotel ini dihiasi dengan batu-batu asli untuk mengekalkan suasana pedalaman.

Terdapat lima gereja yang dipahat di bandar bawah tanah (Foto: Daily Star)

Hotel ini mesra alam kerana setiap bilik secara automatik boleh mengawal suhu yang mengurangkan keperluan untuk penyaman udara. Bukan hanya itu, di hotel ini terdapat juga kolam renang, bar, dan bilik permainan yang sedia untuk menghiburkan pengunjung. Untuk restoran, pengunjung boleh memesan pelbagai masakan Australia moden.

Jadi pernahkah anda terfikir bagaimanakah terdapat sebuah bandar bawah tanah di tengah padang pasir?

Pada tahun 1915, seorang bapa dan anaknya menjumpai lokasi ini ketika mencari emas. Mereka tidak menemui apa yang mereka cari, namun mereka menjumpai batu baiduri, yang kemudian menjadi batu paling terkenal di dunia.

Anda juga boleh menginap di hotel yang disediakan (Foto: Daily Star)

Walau bagaimanapun, keadaan suhu di sana terlalu panas, jadi bapa dan anak tersebut terpaksa mencari perlindungan di dalam lombong. Kemudian pelombong datang untuk menggali batu berharga sehingga sejak itu terdapat sehingga sekitar 1,500 rumah didirikan.

(Foto: Daily Star)

Seperti dipetik dari Daily Star, pada asalnya bandar ini bernama Kuta Piti yang bermaksud lelaki berkulit putih di dalam lubang, kemudian berubah menjadi Coober Pedy. Sekurang-kurangnya, terdapat kira-kira 3,000 orang yang tinggal di bandar bawah tanah ini sehingga kini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here