Tiada siapa sesiapun yang mahu berperang lagi kerana ia akan membuat ramai orang mati dan menderita, seperti yang berlaku dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II yang membunuh ratusan juta nyawa dan kemusnahan yang dahsyat.

Walau bagaimanapun, memandangkan konflik antara negara yang semakin menjadi-jadi, dan perbuatan keganasan yang semakin melampau, tidak mustahil untuk Perang Dunia III berlaku. Sekiranya Perang Dunia III benar-benar berlaku, dunia pasti berada di ambang kehancuran.

Kita berharap perang tidak akan berlaku, tetapi jika ia benar-benar berlaku, terdapat beberapa negara yang selamat untuk bersembunyi dari Perang Dunia III. Berikutan adalah negara tersebut seperti yang dipetik dari Elitereaders oleh Laicikang.com.

10. Iceland

Iceland menduduki tempat pertama dalam senarai Indeks Keamanan Dunia pada 2015. Negara ini dikenali sebagai tempat yang sangat aman dan sangat jarang terlibat dalam pertikaian atau konflik.

Ia dikatakan selamat, kerana negara ini cukup jauh dan banyak gunung yang membolehkan penduduknya dilindungi dari serangan luar.

9. Denmark

Denmark mempunyai tempat yang sangat damai dan indah, Greenland. Sama seperti Iceland, Greenland begitu jauh dan sejuk sehingga kemungkinan diserang oleh negara lain sangat kecil.

8. Bhutan

Terletak di pedalaman Himalaya, Bhutan akan menjadi negara dengan pertahanan terkuat jika Perang Dunia 3 berlaku. Kerajaan Bhutan telah berjaya mengasingkan negaranya dari konflik dengan negara-negara lain.

7. New Zealand

Negara yang satu ini mempunyai lokasi unik untuk berlindung dari Perang Dunia 3 jika ia berlaku hari ini. Perang mungkin saja tamat atau hampir tamat sebelum ia sampai ke pantai negara ini. Walaupun sangat terpencil, namun New Zealand adalah salah satu negara terkaya di dunia.

6. Switzerland

Walaupun peperangan berpotensi untuk memusnahkan negara yang indah ini, tetapi bukit bukau di sini akan melindungi Switzerland dari serangan bom.

5. Chile

Chile adalah negara paling stabil di Amerika Latin. Negara ini dikelilingi oleh gunung-gunung Andes yang dapat melindunginya dari peperangan.

4. Ireland

Negara ini tetap berpendirian neutral dalam pertikaian antara negara yang berlaku. Ireland juga bukan sebahagian daripada NATO, yang menjadikannya terasing daripada negara yang berlaku konflik dengan negara lain.

3. Tuvalu

Tuvalu, yang dahulunya dikenali sebagai Kepulauan Ellice, adalah sebuah negara pulau yang terletak di antara Hawaii dan Australia di Lautan Pasifik. Negara ini boleh terhindar dari Perang Dunia III kerana tempatnya yang terpencil.

2. Fiji

Sama seperti Tuvalu, Fiji adalah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik. Mereka tidak memiliki sumber asli yang biasanya negara penyerang akan cari.

1. Malta

Malta adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Laut Mediterranean yang tidak memberikan ancaman kepada sesiapa sama sekali. Mengikut rekod sejarah, banyak empayar cuba merampas pulau ini, tetapi gagal dengan teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here