Sebelum ada manusia, dunia ini adalah tempat yang sangat berbeza. Berbilion-bilion atau jutaan tahun lalu, planet Bumi termasuk isinya tidak kelihatan seperti sekarang.

Kira-kira 4.5 bilion tahun lalu, planet ini mengalami banyak fenomena dan kejadian mengerikan yang tidak pernah terfikir sebelum ini seperti zaman ais dan asteroid yang membunuh dinosaur. Tapi itu tidak seberapa lagi jika dibandingkan dengan beberapa fenomena mengerikan ini yang pernah terjadi di Bumi berbilion-bilion tahun lalu yang mungkin belum pernah kamu dengar sebelumnya.

Menurut saintis, bumi kita ini sudah alami banyak tempoh sebelum lahirnya manusia.

Berikut beberapa fenomena dan kejadian mengerikan yang pernah menimpa Bumi berbilion-bilion tahun lalu, jika ia berlaku pada hari ini, manusia pasti akan sifatkannya sebagai ‘kiamat’ kerana ia memang benar-benar aneh, berikut adalah 7 fenomena tersebut seperti yang dilaporkan oleh Laicikang.com dari Listverse.

1. Langit Berwarna Oren Dan Laut Berwarna Hijau

(Foto: Listverse)

Langit tidak sentiasa berwarna biru. Kira-kira 3.7 bilion tahun lalu, dipercayai bahawa langit adalah berwarna oren yang pudar, air laut tidak biru tapi berwarna hijau, dan benua-benua berwarna hitam. Ketika itu rupa bumi sangat berbeza dan menjadi sebab kenapa bumi berbilion-bilion tahu lalu tidak akan kelihatan seperti sekarang.

Lautan berwarna hijau kerana formasi besi dilarutkan ke dalam air laut, menumpahkan karat hijau dan menyebabkan sebahagian besar air laut berwarna hijau. Benua-benua atau daratan tidak berwarna coklat tanah, melainkan berwarna hitam kerana ditutup dengan lava dingin dan belum ada tumbuhan sama sekali.

Dan langit tidak biru tapi berwarna oren kerana oksigen 3.7 bilion tahun lalu tidak sebanyak seperti sekarang. Sebaliknya, sebahagian besar langit mengandungi metana, yang apabila terkena sinar matahari akan menghasilkan jerebu oren.

2. Bumi Dulu Berwarna Ungu

 

(Foto: Listverse)

Apabila tumbuhan pertama muncul di Bumi, warnanya tidak hijau seperti sekarang. Menurut salah satu teori, 4 bilion tahun lepas tumbuhan dipercayai berwarna ungu kerana mempunyai cara menyerap cahaya matahari yang berbeza dengan tumbuhan sekarang.

Tanaman moden berwarna hijau disebabkan mereka menggunakan klorofil untuk menyerap sinar matahari, tapi dipercayai bahawa tanaman pertama menggunakan retina sehingga warna yang dihasilkan jadi ungu.

Kira-kira 1.6 bilion tahun lalu, Bumi kita ini dipercayai berwarna ungu kerana sebahagian besar daratan terdiri dari tumbuhan berwarna ungu dan lapisan belerang berwarna ungu menutupi permukaan air laut.

3. Dunia Seperti Bola Salji

(Foto: Listverse)

Kita semua tahu bahawa dunia ini pernah mengalami zaman ais yang panjang. Tapi ada bukti baru bahawa dunia ini pernah beberapa kali mengalami zaman ais. Kira-kira 716 juta tahun lalu, Bumi kita ini mengalami tempoh yang disebut “Bola Salju Bumi”. Disebut demikian kerana Bumi ketika itu menutupi ais sehingga kelihatan seperti bola salji jika dilihat dari ruang angkasa.

Dunia ketika itu sangat sejuk sehingga ada glasier (sungai ais) di kawasan khatulistiwa. Hal itu dibuktikan saintis dengan penemuan jejak glasier purba di Kanada. Bunyinya memang sangat aneh, tapi 700 juta tahun lalu, Kanada berada di kawasan khatulistiwa.

Jadi, daerah paling panas di Bumi ketika waktu itu setanding dengan dinginnya Kutub Utara atau Selatan sekarang.

4. Hujan Asid Menghujani Bumi Selama 100,000 Tahun

(Foto: Listverse)

Tempoh “Bola Salji Bumi” berakhir dengan cara yang sangat mengerikan. Dipercayai Bumi mengalami tempoh yang saintis sebut sebagai ”kemusnahan kimia yang hebat”, di mana ketika itu hujan asid terus-menerus menghujani Bumi selama 100,000 tahun lamanya.

Hujan asid sangat deras dan berat sehingga mencairkan glasier yang menutupi planet ini. Namun selain mengerikan, hujan asid ini menghantar nutrisi ke laut dan membiarkan tumbuhan mula hidup di dalam laut. Perkara itu menyebabkan oksigen dihantar ke atmosfera dan membolehkan memulakan kehidupan baru di planet Bumi ini.

Tapi sebelum kehidupan baru muncul, hujan asid ketika itu tetap sangat mengerikan yang membuat udara penuh dengan karbon dioksida.

5. Arktik Dulu Adalah Kawasan Yang Hijau

(Foto: Listverse)

Artik adalah kawasan yang terletak di Kutub Utara Bumi yang sudah jelas sebahagian besar kawasan tersebut terdiri dari lapisan ais. Tapi kira-kira 50 juta tahun lalu, Artik adalah kawasan yang hijau dan penuh dengan kehidupan. Tempoh ini disebut Epoch Epidene awal.

Pada tempoh ini, dunia ini adalah tempat yang jauh lebih hangat. Jika boleh jalan-jalan ke tempoh tersebut, anda boleh mencari pokok kelapa sawit di Alaska dan buaya berenang di pantai Greenland. Bahkan hujung utara planet ini dilitupi warna hijau.

Dipercayai ketika itu Lautan Artik adalah kolam air tawar yang besar dan benar-benar penuh dengan kehidupan. Semasa era ini, masa paling panas di Bumi hanya mencapai 20 darjah Celsius. Sementara itu, makhluk hidup yang tinggal bahagian utara dunia didominasi oleh kura-kura raksasa, buaya dan hippo purba.

6. Debu Menutupi Bumi Dari Sinar Matahari

(Foto: Listverse)

Ketika asteroid dipercayai telah memusnahkan dinosaur 65 juta tahun lalu, kengerian itu sebenarnya tidak berakhir setakat itu. Dunia berubah jadi tempat yang benar-benar gelap gelita dan kerosakan yang ditimbulkan benar-benar sangat dahsyat.

Kesan hentaman asteroid menghantar banyak debu, tanah, dan batu terbang ke udara dan bahkan ada yang sampai ke ruang angkasa. Kesannya seluruh Bumi menjadi tertutup kerana debu yang menyebabkan sinar matahari tidak mampu menembus permukaan tanah. Ketika itu, matahari seolah tiada, dan tidak wujud istilah siang hari.

Masa gelap itu dijangka hanya berlaku selama beberapa bulan saja. Walaupun debu yang menutupi langit sudah menghilang, kengerian belum selesai sampai disitu. Asid sulfurik mengendap di stratosfera dan masuk ke awan yang menyebabkan badai hujan asid selama 10 tahun.

7. Hujan Cairan Magma

(Foto: Listverse)

Hujan asid dan asteroid belum ada apa-apanya dibandingkan dengan fenomena ini. Pada awal pembentukan Bumi, asteroid terus menerus menghujani Bumi dan mengubahnya menjadi pemandangan seperti di neraka.

Lautan di planet ini sangat panas ketika itu seperti air yang direbus. Panas dari kesan asteroid menguap lautan pertama di Bumi , menjadikannya wap yang naik dan hilang. Sebahagian besar permukaan Bumi cair, termasuk juga batu-batu besar.

Lebih buruk lagi, beberapa batu itu menguap dan menjadi atmosfera Bumi. Magnesium oksida naik ke atmosfera seperti menguapkan air dan terkondensasi menjadi titisan magma cair. Kerana itu, Bumi dipercayai pernah mengalami hujan cecair magma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here