(Foto: AP)

Ahli politik kontroversi Australia, Pauline Hanson, kembali bertindak. Kali ini, pemimpin parti sayap kanan One Nation itu mendapat kecaman sesama ahli Parlimen Australia kerana muncul mengenakan burqa, Khamis (17/08/17).

Penampilan Hanson dengan burqa berwarna hitam yang menutupi seluruh wajah hingga matanya tidak kelihatan mengejutkan anggota-anggota Parlimen yang hadir dalam sesi soal jawab. Speaker Dewan George Brandis turut mengecam tindakan Hanson dan menyebut apa yang dilakukan Hanson sebagai serangan terhadap keyakinan Islam.

(Foto: Gary Ramage)

“Saya memberi amaran dan menasihati kamu dengan hormat, supaya berhati-hati mengenai kesalahan yang mungkin kamu lakukan terhadap sensitiviti agama penduduk Australia yang lain.”

“Kita mempunyai kira-kira 500,000 orang Australia di negara ini yang beragama Islam dan sebahagian besar daripada mereka adalah yang mematuhi undang-undang Australia dengan baik.

Speaker Dewan Brandis sendiri tidak setuju dengan pengharaman burqa di Australia. “Kami tidak akan melarang burqa,” katanya.

Brandis juga mengingatkan Hanson bahawa sebagai Speaker Dewan, beliau memegang tanggungjawab jawatan utama untuk keselamatan negara, dan nasihat dari agensi-agensi perisikan adalah jelas – menentang risiko ekstremisme memerlukan kerjasama erat dengan masyarakat Islam.

Speaker yang jelas marah dengan tingkah laku Hanson menegurnya dengan tajam kerana menyebabkan pelanggaran terhadap masyarakat berkepercayaan.

“Untuk mengejek komuniti itu, memaksanya, mengejek pakaian agamanya, adalah satu perkara yang buruk, dan saya meminta kamu untuk merenungkan tingkah laku kamu.”

Speaker Dewan George Brandis (Foto: Alan Porritt)

Kecaman Speaker disambut dengan tepukan tangan ahli Dewan Negara dari Parti Buruh dan Parti Hijau Australia. Menurut mereka, apa yang dilakukan Hanson merupakan ancaman bagi 500,000 warga Australia yang menganut Islam.

Kecaman juga datang dari ahli Dewan Rakyat dari Parti Liberal dari Tasmania, Jonathon Duniam. Beliau mengungkapkan kata “Ohh apalah,” ketika menyaksikan penampilan Hanson.

Hanson hadir ke sidang Dewan Negara untuk menyampaikan seruan pengharaman burqa di Australia. Dalam pernyataan tertulisnya, Hanson menyebut “pengharaman pakaian yang menutup seluruh wajah merupakan perkara yang penting untuk menghadapi Australia yang moden yang hendak dibincangkan.”

Bukan sekali ini Hanson bersikap kontroversi sejak terpilih sebagai ahli parlimen pada 1996. Pada tahun lalu, beliau mendapat kecaman keras setelah mengatakan “Australia telah disapu bersih oleh Muslim.”

Bukan hanya rasis dan sangat menentang kewujudan muslim, Hanson juga melontarkan penghinaan kepada golongan autisme. Dua bulan lalu, Hanson didesak meminta maaf setelah mengatakan pelajar autsime sebaiknya dikeluarkan dari kelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here