Pasukan tentera (Foto: dnaindia.com)

Setiap negara pasti memiliki pasukan tentera masing-masing yang berfungsi untuk menjaga dan melindungi negaranya daripada serangan negara-negara luar. Namun apa jadinya jika sebuah negara tidak mempunyai kekuatan tentera?

Mungkin negara tersebut boleh dengan mudah diserang dan diambil alih oleh negara lain. Tapi ternyata ia tidak seperti itu, di dunia ini ada banyak negara yang tidak mempunyai kekuatan tentera tetapi tetap aman hingga sekarang. Hanya saja jika terjadi perang, negara-negara tersebut perlu bergantung kepada bantuan negara lain.

Seperti beberapa negara di bawah ini yang sama sekali tidak mempunyai pasukan tentera untuk melindungi negara mereka. Ada sebab kenapa negara-negara ini tidak mempunyai pasukan tentera. Untuk penjelasan lebih lanjut, semak ulasannya berikut ini.

1. Republik Palau

(Foto: news.com.au)

Palau merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik, 255 km sebelah timur wilayah Maluku Utara. Negara ini tidak mempunyai kekuatan tentera, dan hanya mempunyai polis sahaja sebagai pelindung mereka. Seandainya terjadi perang, mahu tidak mahu Palau terpaksa meminta bantuan dari negara-negara lain.

Walaupun tidak punya kekuatan tentera, negara ini dilindungi oleh Amerika Syarikat. Ini kerana sejak tahun 1983, Palau menjadi wilayah naungan AS.

2. Costa Rica

(Foto: onetwotrip.com)

Sebelum Presiden Costa Rica Fugueres Ferrer menghapuskan angkatan bersenjata pada 1 Disember 1948, negara ini sebelumnya memang punya angkatan tentera. Penghapusan tentera di Costa Rica dilakukan setelah terjadi perang saudara yang menewaskan lebih dari 2,000 orang.

Sekarang Costa Rica hanya mempunyai unit pelindung yang disebut Fuerza Publica atau polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan negara sekaligus menegakkan undang-undang. Apabila Costa Rica diserang, negara ini boleh meminta bantuan kepada negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Cuba, dan Chile.

3. Kepulauan Solomon

(Foto: gezimanya.com)

Pada ketika Perang Dunia II, negara ini mempunyai pasukan Tentera Pertahanan Negeri Naungan Kepulauan Solomon yang merupakan sebahagian dari British sejak tahun 1893.

Pada tahun 1976, negera ini mempunyai pemerintahan sendiri sehinggalah pada tahun 1998, terjadi konflik etnik yang berlangsung sehingga tahun 2006. Untuk menyelesaikan konflik di sana, New Zealand dan Australia datang untuk melucutkan senjata kumpulan yang terlibat konflik. Sehingga akhirnya tidak ada pasukan tentera di Kepulauan Solomon.

Kini, Kepulauan Solomon hanya mempunyai unit polis sebagai pelindung negara dan penduduknya. Walaupun demikian, negeri ini menjalin hubungan pertahanan dengan Australia.

4. Andorra

(Foto: vooila.com)

Andorra merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Portugal dan Sepanyol. Negara ini dulu hanya mempunyai kekuatan tentera dengan anggota yang tidak lebih dari 10 orang. Walaupun begitu, negara ini berani menyatakan pengisytiharan perang terhadap Jerman pada tahun 1914.

Namun pengisytiharan perang Andorra tidak dianggap serius oleh Jerman kerana anggota tentera mereka sangat sedikit. Hingga pada tahun 1931, kerajaan Andorra secara rasmi menghapuskan tentera. Peranan tentera di sana digantikan oleh polis yang jumlahnya tidak lebih dari 240 orang.

5. Samoa

(Foto: samoa.travel)

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik selatan ini hanya mempunyai unit polis dan tidak mempunyai kekuatan tentera. Mahu tidak mahu Samoa harus bergantung pada negara lain andai berlaku perang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here